Tuesday, 10 June 2014

TERAS AJAIB POKOK BETIK

POKOK BETIK. 

CIRI-CIRI BOTANI.
Pokok renek besar setinggi 2-7 m. Batang tunggal, TENGAH BERONGGA (Tiada teras), Batangnya banyak bekas parut. Daun majmuk, besar, susunan berpilin, tangkai daun panjang berongga, daun seperti jari tangan, tiada bulu, urat daun jelas kelihatan. Bunga terdiri dari jantan, betina atau dwijantina (hermafrodit), keluar dari celah ketiak daun.

Bunga jantan majmuk, kecil, kuning muda, 5 kelopak, bertangkai panjang, keluar berjuntai di celah daun. Bunga betina besar, tunggal atau beberapa kuntum dalam sejambak bunga, mempunyai 5 kelopak, kuning. Buah besar, bula melonjong, kulit hijau ketika muda, kuning atau oren apabila masak, isi putih ketika muda dan bertukar oren apabila masak. Banyak biji kecil, coklat kehitaman, berbentuk bulat melonjong.

KHASIAT.
Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging.

 Teras betik betina

Teras betik jantan

TERAS BETIK ASLI.
Pada kali ini Tok ingin berkongsi keistimewaan pokok betik iaitu terasnya. Sebagaimana yang diketahui pokok betik tidak mempunyai teras, apabila dijumpai teras maka dengan izin Allah terasnya itu akan mempunyai keitimewaannya yang tersendiri. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu teras betik juga mempunyai kelebihan untuk rawatan penyakit-penyakit fizikal mahupun spiritual. Diantara khasiat teras betik berdasarkan petua orang tua-tua ialah:

a. Oleh kerana teras betik bersifat sejuk. Datuk nenek kita dahulu yang mengamalkan ilmu perang atau amalan yang bersifat panas maka sebagai ikhtiar untuk mengimbangi tenaga panas di badan mereka, mereka menggunakan teras betik sebagai penyejuk badan.
b. Begitu juga bagi individu yang memiliki sifat panas baran atau benkeng dalam istilah Kelantan, teras ini juga sesuai untuk dipakai dalam bentuk cincin, loket, tasbih dan lain-lain.
c. Ia juga dapat dijadikan sebagai ikhtiar penawar untuk deman panas, campak, keracunan makanan, santau, barah, racun kimia, melemahkan kuman dan lain-lain penyakit yang bersifat panas.
d. Bagi pengumpul barangan mistik atau teras-teras kayu ajaib, teras betik  dikatakan dapat meneutral atau mengimbangi aura diantara teras-teras, geliga-geliga dan permata-permata lain miliknya.
e. Dapat dijadikan jalan ikhtiar jika dipakai berterusan insyaAllah kita akan menjadi tenang dan sabar dalam kehidupan.
f. Diantara sebab utama teras ini menjadi buruan ialah ia dipercayai insyaAllah dapat mengembalikan energi-energi negetif yang dituju atau dihantar kepada kita.
g. Namun begitu mestilah diingat bahawa penggunaan teras ini hanyalah jalan ikhtiar sahaja. Meskipun teras ini asli dan berkhasiat tinggi tetapi kuasa mutlak hanyalah di tangan Allah swt. Wallahuaklam.

Disebelah kanan teras betik rambai (jate)


HUBUNGI  MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI MAHAR TERAS BETIK

DI TALIAN : 09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963


Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA
Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   


*** Berusaha dan Bertawakkal ***

Sunday, 8 June 2014

PERINGATAN UNTUK PENGUNJUNG BLOG PRODUK ISTIMEWA QALBUN RAHMAH


Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Produk Istimewa Qalbun Rahmah. Terima kasih diatas lawatan ANDA ke blog ini, mudah-mudahan ia akan memberi manafaat kepada anda semua. Untuk pengetahuan anda, blog ini sekadar ingin berkongsi maklumat, perkhidmatan dan pengalaman dalam soal rawatan dan keilmuan serta pelbagai produk exotik seperti kayu-kayu ajaib, teras-teras kayu, pelbagai jenis batuan, batu permata, tasbih, tongkat, cincin, keris dan sebagainya.

Sebagai seorang Islam mahupun non muslim saya MEWAJIBKAN anda membaca panduan dan tatacara penggunaan medium Qalbun Rahmah di sebelah KANAN blog ini sebelum anda mendapatkan perkhidmatan, pengajian kelimuan dan produk-produk dari kami. InsyaAllah kami akan memberikan perkhidmatan rawatan terbaik , pengajian keilmuan termurah dan pelbagai produk yang istimewa untuk anda TETAPI diingatkan kami tidak mempunyai kuasa KUN FAYAKUN sebagaimana kudrat Allah swt.

Berhati-hatilah dalam soal keyakinan anda kepada sesuatu perkara seperti dalam soal rawatan, pemagaran spiritual untuk diri, rumah, gudang, batu-batu permata, tasbih dan sebagainya kerana kami tidak mahu anda syirik dan kufur kepada Allah swt Tuhan Pencipta Alam ini . Sekali lagi kami ulangi kami tidak mampu dan memiliki kuasa KUN FAYAKUN milik mutlak Allah swt. Kami  hanya mampu menyediakan perkhidmatan dan produk yang TERBAIK selebihnya hanya Allah swt sahaja yang mampu menunaikan hajat atau hasrat anda. Jika kami mempunyai kuasa KUN FAYAKUN, kami tidak akan mengenakan mahar pengajian mahupun menjual produk-produk kami dengan harga seratus dua tetapi jutaan atau billion ringgit. Cuba anda lawati blog-blog yang menjual barangan kebal (umum) berapa harganya??? 

AMARAN KERAS!!! Sekiranya anda begitu yakin dengan perkhidmatan dan produk kami MENYAMAI kudrat Allah swt SILA BEREDAR dari blog ini, kerana kami tidak mahu menjadi penyebab anda SYIRIK dan KUFUR kepada Allah swt.

Untuk makluman anda semua, kami warga Qalbun Rahmah begitu yakin atas keaslian produk kami sehingga ia dapat diuji secara langsung seperti teras kelor, kayu arasy, kayu larak dan beberapa produk yang lain, tetapi ia juga tetap bergantung kepada keizinan Allah swt. Saya TIDAK PERNAH memberi jaminan untuk pengujian secara langsung untuk kayu tas, kayu penunduk, raja kayu, bulu tumpat dan lain-lain. Jika anda ada menemui artikel saya yang memberi jaminan ini sila beritahu saya dengan SEGERA agar saya dapat membaiki kesilapan JAMINAN ini.

SEKALI LAGI saya tegaskan bahawa hanya beberapa produk sahaja seperti teras kelor, kayu arasy, kayu larak salah dan beberapa produk lain yang BOLEH ditest secara langsung dengan izin Allah swt. Jangan pula anda mengambil kayu tas daripada kami lalu pergi mengadap anjing yang garang dengan keyakinan GERENTI anjing itu lari!!!!! Jika anda menyakini sedemikian anda telah syirik kepada Allah swt kerana menyakini kayu tas ciptaanNya boleh bertindak sedemikian. Ingatlah kita hanya berusaha dengan ciptaanNya selebihnya Allahlah yang berkuasa menunaikan hajat kita itu. 

Selain daripada itu kami juga ingin mengingatkan bahawa setiap perkhidmatan atau produk yang kami tawarkan  ia mempunyai SYARAT-SYARAT TERTENTU seperti tempoh penghantaran, tempoh membuat produk, tatacara pengujian produk dan bayaran deposit kerana kami terpaksa membayar deposit kepada pekedai ataupun tukang yang membuat produk anda. Tempoh masa pengeposan dan penghasilan produk biasanya antara 3-7 hari bergantung kepada perjalanan pos dan tukang yang membuatnya. Kami tidak memiliki kedai sendiri atau pun membuat sendiri produk-produk tersebut seperti cincin, loket, rantai, tasbih, tongkat dan lain-lain. Jangan minta kami siapkan dalam masa satu hari dan satu hari pengeposan untuk sebentuk cincin walau apa alasan anda kerana kami tidak mungkin menunaikan permintaan anda itu.

Sepanjang saya mengendalikan blog Qalbun Rahmah ini dan menjadi perawat hampir 14 tahun, alhamdulillah saya hanya menemui 2 orang sahaja pelanggan yang berperangai pelik sebagaimana yang saya nyatakan diatas.Untuk itu dengan rasa rendah diri SEKALI LAGI kami meminta anda membaca syarat-syarat yang kami berikan sebelum berurusan dengan kami samada untuk tujuan rawatan, pengajian kelimuan atau membeli produk-produk Qalbun Rahmah. Setiap pembelian TIDAK akan dibenarkan untuk pemulangan keilmuan atau produk yang dibeli tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Akhir kata, sekali kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian anda melawat blog Qalbun Rahmah ini. Berurusanlah dengan bijak dan saling percaya mempercayai. Kami sekali-kali tidak memaksa anda mempercayai kami dan memaksa anda mendapatkan apa sahaja yang kami tawarkan dalam blog Qalbun Rahmah ini. Sebelum berurusan dan mendapatkan perkhidmatan kami, kami syorkan anda membuat solat sunat istikarah terlebih dahulu agar pilihan anda tepat dan diredhai oleh Allah swt.



Terima Kasih. Mstr Ki - Qalbun Rahmah. 019-9123963 / 012-9561020 / 09-9554930

Thursday, 15 May 2014

TERAS PISANG GALA (BENGGALA)

Pokok Pisang Benggala

Pisang Benggala atau Pisang Galla adalah sejenis pisang yang popular di negeri Kelantan. Pisang ini memiliki rasa yang manis. Tetapi oleh kerana buahnya terlalu padat dengan biji yang keras ia kurang popular untuk dimakan. Penggunaan yang lebih popular ialah membuat masakan acar pisang, di mana buah pisang benggala yang masih muda akan digunakan. Acar ini berasa masam-manis dan pedas.Kegunaan lain ialah daunnya. Oleh kerana daunnya lebar dan tidak rapuh daun ia menjadi lebih berguna dari buahnya. Pembungkus kuih, pulut dan nasi biasanya dibungkus menggunakan daun pisang ini. Batangnya juga boleh digunakan sebagai makanan tambahan untuk haiwan ternakan seperti lembu.

Pada kali Tok ingin membawa suatu yang lebih istimewa mengenai pisang benggala ini iaitu terasnya. Pelik bukan? Bagaimana pokok pisang boleh ada teras? Sebenarnya ada banyak pokok yang kita kata tidak ada teras tetapi sebenarnya ia ada teras tetapi jarang-jarang kita temui. Alhamdulillah baru-baru ini Tok telah bertemu seorang pengkaji barang-barang eksotik ini yang bertaraf proffesor dari universiti awam di negara kita. Banyak yang Tok belajar darinya dan begitu juga teras-teras istimewa ini pun Tok dapatkan dari beliau. Mengikut sesetengah pendapat untuk mendapatkan teras pisang benggala 100 kali lebih sukar dari teras betik asli.


Teras Pisang Benggala

Tidak semua jenis pisang yang terdapat di Malaysia berteras kecuali pisang ggala/benggala. Teras pisang ini pada dasarnya banyak digunakan dalam rawatan perubatan untuk kaum perempuan bagi penyakit prolap/peranakan turun, mengecutkan saluran peranakan selepas bersalin dan lain-lain. Kalau mengikut W.Skeat dalam buku The Malayan Medicine 1930 kegunaannya lebih banyak berkaitan magis dan mistik.

Mengikut cerita orang-orang tua, pokok pisang benggala merupakan diantara tumbuhan yang paling lama di atas muka bumi . Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan ilmu-ilmu mistik ia hendaklah bertapa di bawah pokok ini. Caranya jantung pisang yang baru hendak keluar hendaklah diikat dengan rotan. Oleh kerana itulah teras pisang ini juga dikatakan mempunyai pelbagai energi mistik sebagaimana yang diperolehi oleh sesiapa yang bertapa dibawah pokok pisang ini. Diantara keilmuan yang biasanya diperolehi oleh para petapa ialah kegagahan, halimunan, pengasihan, pelarisan, kekayaan dan sebagainya mengikut hajat petapa tersebut. Wallahuaklam.

Untuk itu kali ini Tok telah membuat beberapa permata dari teras pisang benggala ini untuk dimiliki oleh anda semua dengan mahar mampu milik insyaAllah. 

Permata Teras Pisang Benggala


HUBUNGI MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT DI TALIAN : 
09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963

Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA
Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   



*** Berusaha dan Bertawakkal ***

Sunday, 1 December 2013

PRODUK TERKINI QALBUN RAHMAH.

Alhamdulillah, Pertama sekali Tok ingin memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi kelapangan masa untuk Tok membuat pengemaskinian dalam blog Qalbun Rahmah di akhir tahun 2013 ini. Sempena akhir tahun ini Tok telah membuat semakan stok produk Qalbun Rahmah, khususnya permata-permata dan tasbih-tasbih istimewa yang Tok miliki. Anda juga boleh membuat tempahan permata, tasbih dan cincin mengikut kehendak anda. Misalnya tasbih yang digabungkan dengan pelbagai jenis kayu dan juga pelbagai permata campur. Berikut senarai tasbih yang masih ada dan sedia untuk dimaharkan kepada anda semua dengan mahar yang mampu milik InsyaAllah. 

KOLEKSI TASBIH QALBUN RAHMAH



1. TASBIH TERAS KELOR.

Dalam sebuah kidungnya, Sunan Kalijaga menyebut kayu kelor sebagai “kayu bertuah” dengan istilah kayu aeng . Sakèhing wisa tawa/Sato galak tutut/Kayu aèng lemah sangar……Yang ertinya : Segenap racun menjadi tawar/Binatang buas menjadi jinak/Pohon ajaib, tanah angker …. dst.. Ertinya, keberadaan energi (positif / negatif) pada kayu-kayu tertentu juga diyakini berdasarkan pandangan mata batin orang-orang yang memiliki indera keenam.

HASIL PENELITIAN tahun 1987-1989 di Fakulti MIPA UGM (Universiti Gajah Mada) oleh drh. Oentoro dkk, dengan Chronometer menunjukkan energi yang terdapat pada “Kayu Bertuah”, besarnya dua kali ganda dibanding energi Tosan Aji atau Pusaka. Jika energi pusaka pada level 50, energi kayu “bertuah” mencapai level 100.

Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah.

ANTARA KHASIAT TERAS KELOR / GEMUNGGAL QALBUN RAHMAH :


Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal atraktif, kebal asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah

Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat.

Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.

Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki tetapi kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin.

Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga, keempat.

Teras Gemunggal apabila dipakai pada tubuh badan  insyaAllah mampu menjadi kebal atraktif dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukan)

Teras Gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat,ahli korporat dll sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki berbagai-bagai keistimewaan tersendiri.

Diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang mementingkan keselamatan diri.Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya.

Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.

Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.

Menjauhkan rumah dari gangguan jin/hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.

Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.

Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya.

Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum.

Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum.

Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu

Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul.

Ditakuti jin : Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis.

Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air.

Semuanya berhasil dengan Izin Allah.


2. TASBIH KAYU KEMUNING HITAM

Khasiat Teras Kemuning Hitam “Teras 99 Guna”

Penggunaan atau pemakaiannya samada secara fizikal (dibuat tasbih, permata cincin dsbnya), dibuat air rendaman dan pati minyak. Antara sebahagian khasiat yang Allah jadikan bersama dengan Teras Kemuning Hitam ialah:
  • Air rendamannya penawar racun dalam tubuh.
  • Air rendamannya mengubati luka-luka dalaman tubuh.
  • Awet   muda ( bagi  sesiapa  yang sentiasa meminumnya sebagai amalan harian), ada contoh di Terengganu. [Tambahan: Ada kes, orang yang mengamalkan meminum air rendaman zamrud menjadi awek muda…iaitu wajah dan fizikalnya nampak lebih muda dari umur yang sepatutnya].
  • Mengubati penyakit yang sekira-kiranya pihak hospital tidak mahu/dapat mengubatinya, maka boleh di ikhtiar dengan meminum air rendaman Teras Kemuning Hitam. Pernah dicuba mengubati H1N1 dan sembuh dengan izin Allah, kes di Terengganu.
  • Penawar demam panas. Jika berlaku ditengah-tengah malam bagi kanak-kanak airnya disapu pada tubuh (diulangi beberapa kali –khususnya bawah ketiak atau leher), terlebih elok diberi minum sedikit, terdapat banyak kes yang suhu badan bayi/kanak-kanak menurun/sembuh (dengan izin Allah) menggunakan air rendaman kemuning hitam. Jika masih berlarutan dapatkan rawatan segera  di klinik/hospital keesokkan harinya. Sebagai info, khususnya bayi 0-2 tahun sangat perlu dijaga atau diberi perhatian berkaitan demam panas. [Tambahan: Teras Celagi juga boleh digunakan untuk tujuan ini, dan untuk tujuan mengubati hal berkaitan racun/keracunan].
  • Mengubati kayap, dengan  menyapu air rendamannya  pada bahagian  yang  terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Jika kayap tersebut telah merebak kedalam mata, titiskan air kemuning hitam secara berkala (3-4x sehari semalam) dalam mata yang terlibat. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah. [Tambahan: Untuk kayap yang bukan dalam mata, getah keladi birah dan air pokok lekir boleh digunakan dengan cara menyapu pada bahagian yang terlibat].
  • Mengubati  penyakit badam, dengan menyapu air kemuning hitam  pada  bahagian terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
  • Ubat  sakit perut (cirit-birit) yang mustajab, ada  banyak kes  sembuh dengan  izin Allah. Air rendamannya diminum beberapa kali dalam sehari atau dalam beberapa hari, insyaAllah lega. Jika dalam perjalanan jauh seperti menaiki bas ekspress atau keretapi, dan dikhuatiri cerah perut ditengah jalan seeeloknya sediakan sebotol air kemuning yang agak pekat/tua, insyaAllah dapat membantu menahan cerah perut dalam beberapa jam. Menyediakan air kemuning hitam dalam botol/bekas dirumah atau dimana-mana, amat elok untuk persedian jika berlaku apa-apa.
  • Penawar  bisa   binatang. Terdapat  kes  seseorang  yang  disengat  labah-labah  yang sebelum pengsan dia teringat dalam poket seluarnya terdapat sepotong kemuning hitam lalu sempat memasukkan dalam mulutnya, kemudian dia tersedar dari pengsan dan selamat (air larutan kemuning hitam bercampur air liur menawarkan bias sengatan labah-labah semasa pengsannya). Kes lain, seseorang yang menebas membersih kebunnya terkena sarang tebuan, lalu dia disengat oleh puluhan tebuan, dia melarikan diri, kemudian beliau ikhtiar menyapu pada tempat gigitan dengan kemuning yang dibasahkan dengan air liurnya, kesannya dia tidak berasa sakit walaupun bengkak/kemerahan, kemudian beliau mendapat rawatan lanjut di hospital, kes berlaku di Tanah Merah (lebih kurang seminggu sebelumnya terdapat kes seseorang meninggal dunia akibat disengat tebuan  dalam daerah yang sama).
  • Berkata  mereka  yang ahli (iaitu mereka yang lama terlibat sebagai pencari, pengguna serta berpegetahuan mendalam) tentang Teras Kemuning Hitam, Ia mempunyai aura pengubatan dan penyembuhan yang tinggi walaupun diguna dalam bentuk tasbih, ia mengalir kepada pengguna tasbih tersebut.
  • Menghalang   binatang   berbisa   jenis   terbang   seperti   peringat   dan   tebuan   dari menyengat pemakainya. Terdapat kes pemanjat pokok buah (memakai kemuning hitam sebagai permata cincin) yang melanggar sarang peringat, peringat hanya menghurungi tetapi tidak menyengatnya. Kes lain, tebuan tidak menyengat pemakai gelang kemuning walaupun sarangya rosak terkena mata mesin rumput, hanya menghurungi.
  • Penguat semangat dan menjadi pendinding dengan izin Allah.
  • Minyak   pati   kemuning   hitam   amat   mustajab   menutup   luka.  Jika   luka  panjang 1 inci, diletakkan kapas yang dibasahi minyak pati kemuning hitam semalaman, insyaAllah bertangkup dan cepat penyembuhannya.
  • Minyak pati kemuning hitam juga amat sesuai digunakan sebagai minyat urut, herbanya akan turut meresap kedalam badan pesakit.
Tambahan 1 :
Terdapat kes, deretan rumah pondok rentung terbakar dijilat api, tetapi sejadah dan tasbih kemuning hitam yang diletakan diatasnya tidak terbakar.
Tambahan 2 :
Bagi kepercayaan masyarakat Siam/Sami Siam, Teras Kemuning Hitam diletak dalam hirarki yang tinggi dalam jenis-jenis kayu. Terdapat kes, Sami Siam akan sembah terlebih dahulu kayu kemuning hitam ini sebelum mengambil atau menyentuhnya. Ia salah satu kayu pilihan untuk dibuat tangkal dalam kepercayaan mereka seperti tangkal berbentuk senjata sulit lelaki.



3. TASBIH KAYU / BUAH KOKKA.

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
  • Rumah  yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
  • Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
  • Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum,insya Allah sembuh.
  • Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
  • Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
  • Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
  • Termakan  santau  atau  terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
  • Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
  • Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
  • Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
  • Sekiranya  memakai  ketika  orang  hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
  • Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan,alhamdulillah.
  • Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.



4. KAYU/TERAS ASAM JAWA/CELAGI

·         Asam jawa dan akar pokoknya digunakan bagi menyejukkan badan dan sebagai pelawa.
·         Kayu terasnya pula sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar kurang selera. 
·         Kulit   buah dan kulit kayu asam jawa dijadikan ubat cirit-birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya banyak asid tartar. 
·         Kulit kayu juga dijadikan losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak, ulser dan gatal kerana terkena gigitan serangga. 
·         Air rebusan daun diminum sebagai penawar demam panas dan dapat melegakan lelah. Manakala daun muda ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul. Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada mata berkenaan. 
·         Terasnya dibuat pemagaranr rumah dari gangguan makhluk halus dengan cara ditanah keempat-empat penjuru rumah atau diletakkan di muka pintu rumah.
·         Juga boleh dibuat tasbih, cincin, gelang tangan dan loket untuk dibuat penawar.
·         Jika dipukul ke badan pengamal ilmu hitam InsyaAllah lemah dan tawar ilmunya.





HUBUNGI MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RUNDINGAN 
HARGA TERENDAH  DI TALIAN : 

09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963

Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA

Email : qalbunrahmah@yahoo.com



Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   


*** Berusaha dan Bertawakkal ***


Thursday, 2 February 2012

MANGKUK AYAT QURAAN


Mahar Sebiji Mangkuk RM30 & RM50

Antara ayat-ayat suci al Quraan yang digunakan untuk rawatan ialah ayat-ayat syifa. Kini terdapat mangkuk steel yang ditulis ayat-ayat syifa. Anda hanya perlu masukkan air mineral ke dalam mangkuk ini dan airnya dibuat minum. Terdapat pelbagai ayat Quraan yang lain seperti Yaasin, ayatul Qursi, 4 Qul, Asma ul Husna dan lain-lain lagi.

Hubungi Master Ki untuk maklumat lanjut di talian 019-9123963 / 09-9554930


Untuk memudahkan urusan pembelian produk. Qalbun Rahmah telah melantik wakil jualan seperti berikut :
(i). Kelantan : Encik Kamarool (019-5214807)
(ii). P.Pinang : Encik Firdaus (012-5728861)
(iii). Pahang : Encik Sham (019-9060990)
(iv). Selangor : Encik Feerdaus (017-2561035)
(v). Perak : En. Yusrizal ( 019-5777947)
(vi). Johor : En. Reza (013-7066767), En. Feerdaus (017-2561035)

Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   

" BERUSAHA DAN BERTAWAKKAL "



Wednesday, 18 January 2012

PERMATA FOSIL AURACARIA


Mahar Sebiji Permata RM100-250

Alam ciptaan Ilahi menyediakan pelbagai penawar yang terbaik untuk kita semua. Generasi terdahulu begitu menjaga alam ini kerana mereka sedar kepentingannya. Malah dalam ajaran Islam sendiri melarang kita merosakkan alam sekitar tanpa alasan yang munasabah. Pelbagai herba dan penawar dapat dikutip dari alam maya ini.
Qalbun Rahmah juga berasa berbangga kerana dapat menggunakan pelbagai hasil alam ini untuk kita semua. Sesungguhnya Allah menjadikan seluruh alam ini untuk manusia tetapi tidak menjadikan manusia untuk alam ini. Allah menjadikan manusia untuk kembali ke tempat asal kita iaitu di syurga Nya.

Kepada anda yang sering panas badan, panas baran atau ketidak selesaan badan akibat aura badan yang panas, Qalbun Rahmah menawarkan permata beraura sejuk iaitu fosil kayu auracaria. Sebagaimana kita berikhtiar dengan ubat-ubatan moden, penawar-penawar alami juga merupakan salah satu usaha kita berikhtiar untuk mencapai maksud dan tujuan kita.

Hubungi Master Ki untuk maklumat lanjut di talian 019-9123963 /012-9561020 /09-9554930
19/01/2012

Untuk memudahkan urusan pembelian produk. Qalbun Rahmah telah melantik wakil jualan seperti berikut :
(i). Kelantan : Encik Kamarool (019-5214807)
(ii). P.Pinang : Encik Firdaus (012-5728861)
(iii). Pahang : Encik Sham (019-9060990)
(iv). Selangor : Encik Feerdaus (017-2561035)
(v). Perak : En. Yusrizal ( 019-5777947)
(vi). Johor : En. Reza (013-7066767), En. Feerdaus (017-2561035)


Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   

" Berusaha dan Bertawakkal "


Saturday, 31 December 2011

PENAWAR RACUN ALAMI


Mahar Sebiji Permata RM90-150

***Alhamdulilah, Qalbun Rahmah telah mendapat sejenis penawar racun yang sangat mujarab InsyaAllah. Siap dicanai dalam bentuk permata. Sesuai untuk ikatan cincin mahupun loket wanita. Digunakan oleh datuk nenek kita sejak zaman dahulu hingga sekarang. Hubungi Master Ki untuk maklumat lanjut di talian 019-9123963 / 09-9554930 *** 1/1/2012


Untuk memudahkan urusan pembelian produk. Qalbun Rahmah telah melantik wakil jualan seperti berikut :

(i). Kelantan : Encik Kamarool (019-5214807)
(ii). P.Pinang : Encik Firdaus (012-5728861)
(iii). Pahang : Encik Sham (019-9060990)
(iv). Selangor : Encik Feerdaus (017-2561035)
(v). Perak : En. Yusrizal ( 019-5777947)
(vi). Johor : En. Reza (013-7066767), En. Feerdaus (017-2561035)


Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   



" Berusaha dan Bertawakkal "