Thursday, 15 May 2014

TERAS PISANG GALA (BENGGALA)

Pokok Pisang Benggala

Pisang Benggala atau Pisang Galla adalah sejenis pisang yang popular di negeri Kelantan. Pisang ini memiliki rasa yang manis. Tetapi oleh kerana buahnya terlalu padat dengan biji yang keras ia kurang popular untuk dimakan. Penggunaan yang lebih popular ialah membuat masakan acar pisang, di mana buah pisang benggala yang masih muda akan digunakan. Acar ini berasa masam-manis dan pedas.Kegunaan lain ialah daunnya. Oleh kerana daunnya lebar dan tidak rapuh daun ia menjadi lebih berguna dari buahnya. Pembungkus kuih, pulut dan nasi biasanya dibungkus menggunakan daun pisang ini. Batangnya juga boleh digunakan sebagai makanan tambahan untuk haiwan ternakan seperti lembu.

Pada kali Tok ingin membawa suatu yang lebih istimewa mengenai pisang benggala ini iaitu terasnya. Pelik bukan? Bagaimana pokok pisang boleh ada teras? Sebenarnya ada banyak pokok yang kita kata tidak ada teras tetapi sebenarnya ia ada teras tetapi jarang-jarang kita temui. Alhamdulillah baru-baru ini Tok telah bertemu seorang pengkaji barang-barang eksotik ini yang bertaraf proffesor dari universiti awam di negara kita. Banyak yang Tok belajar darinya dan begitu juga teras-teras istimewa ini pun Tok dapatkan dari beliau. Mengikut sesetengah pendapat untuk mendapatkan teras pisang benggala 100 kali lebih sukar dari teras betik asli.


Teras Pisang Benggala

Tidak semua jenis pisang yang terdapat di Malaysia berteras kecuali pisang ggala/benggala. Teras pisang ini pada dasarnya banyak digunakan dalam rawatan perubatan untuk kaum perempuan bagi penyakit prolap/peranakan turun, mengecutkan saluran peranakan selepas bersalin dan lain-lain. Kalau mengikut W.Skeat dalam buku The Malayan Medicine 1930 kegunaannya lebih banyak berkaitan magis dan mistik.

Mengikut cerita orang-orang tua, pokok pisang benggala merupakan diantara tumbuhan yang paling lama di atas muka bumi . Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan ilmu-ilmu mistik ia hendaklah bertapa di bawah pokok ini. Caranya jantung pisang yang baru hendak keluar hendaklah diikat dengan rotan. Oleh kerana itulah teras pisang ini juga dikatakan mempunyai pelbagai energi mistik sebagaimana yang diperolehi oleh sesiapa yang bertapa dibawah pokok pisang ini. Diantara keilmuan yang biasanya diperolehi oleh para petapa ialah kegagahan, halimunan, pengasihan, pelarisan, kekayaan dan sebagainya mengikut hajat petapa tersebut. Wallahuaklam.

Untuk itu kali ini Tok telah membuat beberapa permata dari teras pisang benggala ini untuk dimiliki oleh anda semua dengan mahar mampu milik insyaAllah. 

Permata Teras Pisang Benggala


HUBUNGI MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT DI TALIAN : 
09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963

Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA
Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   



*** Berusaha dan Bertawakkal ***

1 comment: