Sunday, 1 December 2013

PRODUK TERKINI QALBUN RAHMAH.

Alhamdulillah, Pertama sekali Tok ingin memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi kelapangan masa untuk Tok membuat pengemaskinian dalam blog Qalbun Rahmah di akhir tahun 2013 ini. Sempena akhir tahun ini Tok telah membuat semakan stok produk Qalbun Rahmah, khususnya permata-permata dan tasbih-tasbih istimewa yang Tok miliki. Anda juga boleh membuat tempahan permata, tasbih dan cincin mengikut kehendak anda. Misalnya tasbih yang digabungkan dengan pelbagai jenis kayu dan juga pelbagai permata campur. Berikut senarai tasbih yang masih ada dan sedia untuk dimaharkan kepada anda semua dengan mahar yang mampu milik InsyaAllah. 

KOLEKSI TASBIH QALBUN RAHMAH



1. TASBIH TERAS KELOR.

Dalam sebuah kidungnya, Sunan Kalijaga menyebut kayu kelor sebagai “kayu bertuah” dengan istilah kayu aeng . Sakèhing wisa tawa/Sato galak tutut/Kayu aèng lemah sangar……Yang ertinya : Segenap racun menjadi tawar/Binatang buas menjadi jinak/Pohon ajaib, tanah angker …. dst.. Ertinya, keberadaan energi (positif / negatif) pada kayu-kayu tertentu juga diyakini berdasarkan pandangan mata batin orang-orang yang memiliki indera keenam.

HASIL PENELITIAN tahun 1987-1989 di Fakulti MIPA UGM (Universiti Gajah Mada) oleh drh. Oentoro dkk, dengan Chronometer menunjukkan energi yang terdapat pada “Kayu Bertuah”, besarnya dua kali ganda dibanding energi Tosan Aji atau Pusaka. Jika energi pusaka pada level 50, energi kayu “bertuah” mencapai level 100.

Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah.

ANTARA KHASIAT TERAS KELOR / GEMUNGGAL QALBUN RAHMAH :


Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal atraktif, kebal asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah

Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat.

Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.

Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki tetapi kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin.

Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga, keempat.

Teras Gemunggal apabila dipakai pada tubuh badan  insyaAllah mampu menjadi kebal atraktif dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukan)

Teras Gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat,ahli korporat dll sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki berbagai-bagai keistimewaan tersendiri.

Diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang mementingkan keselamatan diri.Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya.

Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.

Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.

Menjauhkan rumah dari gangguan jin/hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.

Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.

Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya.

Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum.

Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum.

Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu

Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul.

Ditakuti jin : Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis.

Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air.

Semuanya berhasil dengan Izin Allah.


2. TASBIH KAYU KEMUNING HITAM

Khasiat Teras Kemuning Hitam “Teras 99 Guna”

Penggunaan atau pemakaiannya samada secara fizikal (dibuat tasbih, permata cincin dsbnya), dibuat air rendaman dan pati minyak. Antara sebahagian khasiat yang Allah jadikan bersama dengan Teras Kemuning Hitam ialah:
  • Air rendamannya penawar racun dalam tubuh.
  • Air rendamannya mengubati luka-luka dalaman tubuh.
  • Awet   muda ( bagi  sesiapa  yang sentiasa meminumnya sebagai amalan harian), ada contoh di Terengganu. [Tambahan: Ada kes, orang yang mengamalkan meminum air rendaman zamrud menjadi awek muda…iaitu wajah dan fizikalnya nampak lebih muda dari umur yang sepatutnya].
  • Mengubati penyakit yang sekira-kiranya pihak hospital tidak mahu/dapat mengubatinya, maka boleh di ikhtiar dengan meminum air rendaman Teras Kemuning Hitam. Pernah dicuba mengubati H1N1 dan sembuh dengan izin Allah, kes di Terengganu.
  • Penawar demam panas. Jika berlaku ditengah-tengah malam bagi kanak-kanak airnya disapu pada tubuh (diulangi beberapa kali –khususnya bawah ketiak atau leher), terlebih elok diberi minum sedikit, terdapat banyak kes yang suhu badan bayi/kanak-kanak menurun/sembuh (dengan izin Allah) menggunakan air rendaman kemuning hitam. Jika masih berlarutan dapatkan rawatan segera  di klinik/hospital keesokkan harinya. Sebagai info, khususnya bayi 0-2 tahun sangat perlu dijaga atau diberi perhatian berkaitan demam panas. [Tambahan: Teras Celagi juga boleh digunakan untuk tujuan ini, dan untuk tujuan mengubati hal berkaitan racun/keracunan].
  • Mengubati kayap, dengan  menyapu air rendamannya  pada bahagian  yang  terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Jika kayap tersebut telah merebak kedalam mata, titiskan air kemuning hitam secara berkala (3-4x sehari semalam) dalam mata yang terlibat. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah. [Tambahan: Untuk kayap yang bukan dalam mata, getah keladi birah dan air pokok lekir boleh digunakan dengan cara menyapu pada bahagian yang terlibat].
  • Mengubati  penyakit badam, dengan menyapu air kemuning hitam  pada  bahagian terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
  • Ubat  sakit perut (cirit-birit) yang mustajab, ada  banyak kes  sembuh dengan  izin Allah. Air rendamannya diminum beberapa kali dalam sehari atau dalam beberapa hari, insyaAllah lega. Jika dalam perjalanan jauh seperti menaiki bas ekspress atau keretapi, dan dikhuatiri cerah perut ditengah jalan seeeloknya sediakan sebotol air kemuning yang agak pekat/tua, insyaAllah dapat membantu menahan cerah perut dalam beberapa jam. Menyediakan air kemuning hitam dalam botol/bekas dirumah atau dimana-mana, amat elok untuk persedian jika berlaku apa-apa.
  • Penawar  bisa   binatang. Terdapat  kes  seseorang  yang  disengat  labah-labah  yang sebelum pengsan dia teringat dalam poket seluarnya terdapat sepotong kemuning hitam lalu sempat memasukkan dalam mulutnya, kemudian dia tersedar dari pengsan dan selamat (air larutan kemuning hitam bercampur air liur menawarkan bias sengatan labah-labah semasa pengsannya). Kes lain, seseorang yang menebas membersih kebunnya terkena sarang tebuan, lalu dia disengat oleh puluhan tebuan, dia melarikan diri, kemudian beliau ikhtiar menyapu pada tempat gigitan dengan kemuning yang dibasahkan dengan air liurnya, kesannya dia tidak berasa sakit walaupun bengkak/kemerahan, kemudian beliau mendapat rawatan lanjut di hospital, kes berlaku di Tanah Merah (lebih kurang seminggu sebelumnya terdapat kes seseorang meninggal dunia akibat disengat tebuan  dalam daerah yang sama).
  • Berkata  mereka  yang ahli (iaitu mereka yang lama terlibat sebagai pencari, pengguna serta berpegetahuan mendalam) tentang Teras Kemuning Hitam, Ia mempunyai aura pengubatan dan penyembuhan yang tinggi walaupun diguna dalam bentuk tasbih, ia mengalir kepada pengguna tasbih tersebut.
  • Menghalang   binatang   berbisa   jenis   terbang   seperti   peringat   dan   tebuan   dari menyengat pemakainya. Terdapat kes pemanjat pokok buah (memakai kemuning hitam sebagai permata cincin) yang melanggar sarang peringat, peringat hanya menghurungi tetapi tidak menyengatnya. Kes lain, tebuan tidak menyengat pemakai gelang kemuning walaupun sarangya rosak terkena mata mesin rumput, hanya menghurungi.
  • Penguat semangat dan menjadi pendinding dengan izin Allah.
  • Minyak   pati   kemuning   hitam   amat   mustajab   menutup   luka.  Jika   luka  panjang 1 inci, diletakkan kapas yang dibasahi minyak pati kemuning hitam semalaman, insyaAllah bertangkup dan cepat penyembuhannya.
  • Minyak pati kemuning hitam juga amat sesuai digunakan sebagai minyat urut, herbanya akan turut meresap kedalam badan pesakit.
Tambahan 1 :
Terdapat kes, deretan rumah pondok rentung terbakar dijilat api, tetapi sejadah dan tasbih kemuning hitam yang diletakan diatasnya tidak terbakar.
Tambahan 2 :
Bagi kepercayaan masyarakat Siam/Sami Siam, Teras Kemuning Hitam diletak dalam hirarki yang tinggi dalam jenis-jenis kayu. Terdapat kes, Sami Siam akan sembah terlebih dahulu kayu kemuning hitam ini sebelum mengambil atau menyentuhnya. Ia salah satu kayu pilihan untuk dibuat tangkal dalam kepercayaan mereka seperti tangkal berbentuk senjata sulit lelaki.



3. TASBIH KAYU / BUAH KOKKA.

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
  • Rumah  yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
  • Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
  • Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum,insya Allah sembuh.
  • Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
  • Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
  • Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
  • Termakan  santau  atau  terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
  • Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
  • Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
  • Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
  • Sekiranya  memakai  ketika  orang  hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
  • Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan,alhamdulillah.
  • Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.



4. KAYU/TERAS ASAM JAWA/CELAGI

·         Asam jawa dan akar pokoknya digunakan bagi menyejukkan badan dan sebagai pelawa.
·         Kayu terasnya pula sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar kurang selera. 
·         Kulit   buah dan kulit kayu asam jawa dijadikan ubat cirit-birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya banyak asid tartar. 
·         Kulit kayu juga dijadikan losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak, ulser dan gatal kerana terkena gigitan serangga. 
·         Air rebusan daun diminum sebagai penawar demam panas dan dapat melegakan lelah. Manakala daun muda ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul. Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada mata berkenaan. 
·         Terasnya dibuat pemagaranr rumah dari gangguan makhluk halus dengan cara ditanah keempat-empat penjuru rumah atau diletakkan di muka pintu rumah.
·         Juga boleh dibuat tasbih, cincin, gelang tangan dan loket untuk dibuat penawar.
·         Jika dipukul ke badan pengamal ilmu hitam InsyaAllah lemah dan tawar ilmunya.





HUBUNGI MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RUNDINGAN 
HARGA TERENDAH  DI TALIAN : 

09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963

Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA

Email : qalbunrahmah@yahoo.com



Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   


*** Berusaha dan Bertawakkal ***


No comments:

Post a Comment