Tuesday 13 December 2016

Kayu Mistik Aura Alami (LR)

Terdapat 3 jenis pokok Larak iaitu Larak Lawas, Larak Salah dan Larak Tahi Kucing. Ianya adalah sejenis pokok kecil berdaun kembar. Diantara tiga ini yang amat dicari ialah jenis Larak Salah, antara jenis kayu yang amat sukar ditemui atau dimiliki. 
Ianya dikatakan memiliki pelbagai khasiat dari segi mistik. Yang dicari peminat barang mistik ialah ciri yang ganjil yang terdapat pada pokok larak salah dan diantaranya ialah batang pokoknya yang melingkar mengikut arah kiri dan jenis daun yang terbalik. 
Bahagian yang sepatutnya mengadap ke atas terpusing dan mengadap ke bumi.Bahagian yang paling baik ialah bahagian akarnya terutama yang mempunyai teras, kerana bahagian akarlah punca penyerapan zat makanan yang menyalurkan kebahagian pokoknya. Mengikut kepercayaan yang diceritakan oleh orang-orang dulu penggunanya perlu memakai kayu ini tanpa dilihat oleh orang lain kerana ianya mampu mematahkan atau membalikkan ilmu atau niat yang tidak baik kepada si penghantar. 

KHASIAT LARAK SALAH

1). Pelembut Hati - Jika pasakkan dibuat dengan jenis-jenis bahan kayu atau batu yang memiliki khasiat pengasihan, penarik, pemanis dan pelaris. Khasiatnya akan seiring dengan khasiat pelembut hati yang dimiliki oleh Kayu Larak Salah ini. (Contoh Pasakkan dengan Batu Mani Gajah/Buluh Perindu/Buluh Bertemu Ruas/Senduduk Putih/Kayu Cintamani?Timah Hitam/Kayu Penunduk dan apa saja jenis kayu yang ada aura wibawa dan aura kedamaian...InsyaAllah mustajab..). Testimoni Penebus berkata, dari  jenis yang berpasak ni kalau pemakaian untuk Karier, Temuduga, Berurusan dengan Orang Ramai, Perniagaan dan ada Pelbagai Khasiat jika penggunaan dengan Betul dan berbanyak lah Berselawat serta  senyumlah  selalu walau dengan sesiapa pun....InsyaAllah akan Lembut Hati dan ada Perasaan sesuatu di lubuk hati seseorang yang dihadapi..

2). Pelimun atau Halimunan - Larak Salah ini juga selalu buat orang tak perasan dengan kehadiran si pemakainya, tetapi Larak Salah ni tidak boleh dipertontonkan kepada orang jika memakainya oleh kerana sifat akar ini yang pemalu, kena sorok dari pandangan orang ramai. Ada juga Penebus-Penebus yang menghubungi Pengasas , Larak Salah hilang dari pandangan mereka, dah la tu penebus simpan Larak Salah ni dalam Beg atau beg Pouch yang berisi dengan Barangan Penting, Pengasas hanya boleh menasihati dengan menyuruh mereka beristigfar dan banyak berselawat , dalam keadaan tenang renungkan kembali dimanakah tempat paling akhir beg tersebut diletakkan, alhamdulillah setelah Berselawat Serta memohon Pada Allah agar diketemukan dengan Beg tersebut, akhirnya dapat ditemui

3). Tenaga Kebal - Larak Salah ini juga  ada yang mengatakan bahawa ianya memiliki Khasiat Kebal akan tetapi  Pengasas maupun Para penebus tidak pernah lagi Berhadapan dengan situasi tentang Khasiat yang diperkatakan..Wallahukalam...(Pengasas hanya Berusaha, Hanya Allah yang Berkuasa)

4). Pembalik Sihir dan Niat Serong Seseorang kepada Pemakai - Menerusi Pengalaman Pengasas sendiri sewaktu pengasas membuat urusan perniagaan, ada orang yang dihadapi pengasas cuba membuat sihir pukau lalu sihir tersebut terkena kepada penghantarnya dan penghantar tersebut menjadi Lembut hati lalu mengiakan kembali apa yang pengasas katakan..(Sihirnya tak menjadi la tu..Subhanallah  Alhamdulillah..sesungguhnya Allah lah menjadi Benteng Perlindungan bagi Hamba-HambaNya.

5). Pelbagai Kegunaan dari segi Betul dan Salah - Larak Salah ni kebanyakkannya Pemakai menggunakannya untuk berbuat sesuatu yang tak elok, tetapi  pengasas  sarankan kepada Penebus-Penebus Kayu jenis ini agar gunakan lah untuk jalan Kebaikkan kerana Feedbacknya adalah baik juga, begitulah sebaliknya. Pengasas tak mau tanggung dosa kering ya....(Khasiat yang Selebihnya tentang kayu ini tertakluk kepada niat dan pembawaan si pemakai..

APA-APA JUA PUN...NASIHAT TOK KI BERBANYAKLAH BERSELAWAT DAN INGAT PADA ALLAH SENTIASA AGAR APA YANG KITA PAKAI SENTIASA MENDAPAT KEIZINAN DAN KEREDHAANNYA INSYAALLAH..
( pusakaalam2u.blogspot.com/.../kayu-larak-salah-jenis)

Bagi yang mahu mendapatkan kayu ini dalam bentuk raw atau permata boleh hubungi :-

MASTER KI (TOK KI)  UNTUK MAKLUMAT LANJUT DI TALIAN :   

(  09-9554930 / 012-9561020 / ( 019-9123963 - Hot Line ) 

Masa urusan 9.00 pagi sehingga 9.00 malam ) 
  
( Sila sms@wassap sebelum call )  


Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah 

ZAKIMAN BIN ZAKARIA Email : qalbunrahmah@yahoo.com 

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   




 ****Berusaha dan Bertawakkal****

Friday 14 October 2016

MINYAK MISTIK MURAI GILA



Terdapat pelbagai jenis minyak pengasih yang dihasilkan oleh ahli-ahli spiritual. Dari aliran putih hinggalah ke aliran hitam. 

Kelebihan alami yang dikurniakan pada alam  samada pokok kayu dan binatang telah diolah oleh bijak pandai dalam bidang ini. Minyak mistik murai gila dihasilkan dari burung murai gila. 

Dikatakan dengan izin Allah berkemampuan untuk tujuan pelaris, pengasihan, penunduk dan lain-lain hajat setanding dengan minyak dagu mengikut sesetengah pendapat. 


Bezanya ia dihasilkan melalui kaedah aliran putih tidak sebagaimana minyak dagu yang dilarang oleh syarak... Wallahuaklam.




HUBUNGI MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT DI TALIAN :   

(  09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963 - Hot Line ) 
Masa urusan 9.00 pagi sehingga 9.00 malam ) 
Sila sms@wassap sebelum call.  


Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah 

ZAKIMAN BIN ZAKARIA Email : qalbunrahmah@yahoo.com 

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   




 ****Berusaha dan Bertawakkal****






Thursday 15 September 2016


Demi masa… sesungguhnya seluruh manusia itu benar-benar dalam kerugian… kecuali orang-orang yang beriman, beramal saleh, saling menasihati dalam kebenaran, dan saling menasihati dalam kesabaran. (QS. Al-’Ashr:1-3)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2016
MAAF ZAHIR DAN BATIN 

DR TOK KI DAN WARGA QR

Monday 4 July 2016


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Kepada semua yg mengenali Tok Ki

*
Maaf * sekiranya pernah menyakiti *
* Maaf * sekiranya pernah menghina *
* Maaf * sekiranya pernah terkasar *
* Maaf * sekiranya pernah membohongi *
* Maaf * sekiranya pernah menyinggung *
* Maaf * sekiranya pernah mengumpat *

Di minggu terakhir *RAMADHAN* ini Tok Ki
memohon kemaafan kepada anda
sekiranya Tok Ki pernah melakukan kesalahan
sepanjang perkenalan kita
Sesungguhnya yang buruk datang dari diri ini sendiri dan yang baik sentiasa dari Allah

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA PUASA 1437 HIJRAH

Dari Warga Qalbun Rahmah

Friday 22 April 2016

Pemanis Semulajadi Stevia

Info dan Khasiat Pokok Stevia
Pokok Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun kesembilan belas oleh Dr. Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya Stevia Rebuadiani Bertoni, sebagai penghormatan kepada Ahli kimia Paraguay,Ia merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di Amerika selatan dan Amerika Tengah.

Khasiat dan Kegunaan Pokok Stevia
Kesihatan rambut dan Kelemumur.
Pati Stevia dipercayai bermanafaat untuk kelemumur, kulit kepala kering, dan rambut kusam, kering dan nipis. Banyak pengguna mendapati rambut mereka lebih kuat, bebas kelemumur dan rambut baru bila penggunaan tetap Stevia. Hanya campurkan 3-4 titis pati Stevia ke dalam syampu biasa dan bilas seperti biasa. Juga, selepas mencuci rambut, gunakan teh stevia sebagai perapi dan bilas selepas 5 minit, dapat membantu mengekalkan warna rambut semulajadi dan menguatkannya

Diabetes.
Kajian dan penyelidikan menunjukkan Stevia dapat menstabilkan tahap gula dalam darah, meningkatkan rintangan insulin, malah boleh menggalakkan pengeluaran insulin dengan menggalakkan kesihatan pankreas, menggalakkan penyerapan glukosa dalam darah, dan menghalang kandidiasis (candidiasis) – jangkitan yis kembang-biak bersama gula. Stevia adalah karbohidrat rendah gula dan rendah kalori gula alternatif. Ia juga jenis steviol glycosides yang tidak dihadamkan sistem penhadaman lalu dikumuh sebagai air kencing tanpa terkumpul di dalam badan. Kajian juga menunjukkan bahawa Stevia boleh menghalang keinginan untuk makanan manis dan berminyak atau berlemak. Meminum teh yang diperbuat dari daun Stevia hancur mentah, atau sebagai ekstrak atau bag teh dan diminum 2 atau3 kali sehari dapat membantu masalah darah luar biasa tinggi gula, biasanya dikaitkan dengan diabetes (hyperglycemia). Untuk menyediakan teh Stevia, teh panaskan – tanpa mendidih satu cawan air dan masukkan satu sudu teh daun atau satu beg teh dan dibiarkan selama 5 -7 minit. Diminum panas atau sejuk. Atau 3-4 titis ekstrak Stevia ke dalam secawan air suam atau sejuk.  Stevia juga boleh digunakan sebagai alternatif semula jadi untuk mana-mana pemanis tiruan yang digunakan.

Radang Gusi (Gingivitis).
Kajian menunjukkan bahawa ciri-ciri antibakteria Stevia dapat membantu kaviti, gingivitis, kerosakan gigi dan sakit mulut. Ia boleh menyekat pembangunan dan pembiakan organisma berjangkit  gusi dan gigi, menghalang pertumbuhan plak dan boleh meningkatkan kesihatan mulut secara keseluruhan. Orang yang telah menggunakan Stevia sebagai ubat, melaporkan penurunan ketara dalam jangkitan mulut gingivitis dan lain-lain. Hanya kumoh dengan pencuci mulut Stevia dan memberus mengguna ubat gigi dari Stevia menambah faedah. Untuk membuat pencuci mulut Stevia, tambah 3-4 titis ekstrak Stevia kedalam setengah cawan air suam atau rendamkan daun teh stevia atau uncang teh kedalam secawan air suam dan berkumur tiga hingga empat kali setiap hari terutamanya di waktu pagi dan pada waktu malam. Sebagai ubat gigi, campurkan 2 titis ekstrak Stevia ke dalam ubat gigi biasa.

Pedih ulu hati dan senak.
Orang Brazil, Paraguay dan Bolivia menggunakan teh Stevia untuk melegakan sakit perut, pedih ulu hati, dan untuk meningkatkan pencernaan dan fungsi gastro-usus. Minum teh Stevia setiap kali selepas makan dapat membantu pencernaan dan melegakan pedih ulu hati dan sakit perut.

Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi).
Beberapa kajian jangka panjang yang dilakukan sepanjang tempoh 1 hingga 2 tahun menunjukkan bahawa stevia boleh menurunkan paras tekanan darah tinggi. Hanya minum teh Stevia dua kali sehari boleh membantu menstabilkan tahap tekanan darah.

Osteoporosis.
Satu kajian yang dilakukan ke atas ayam menunjukkan dengan menambah serbuk daun Stevia ke dalam makanan ayam dengan ketara meningkatkan metabolisma kalsium di dalam ayam dan menurunkan 75% kulit telur pecah. Seorang pesakit Osteoporosis menggunakan Stevia mencadangkan bahawa stevia dapat membantu menggalakkan penyerapan kalsium kedalam badan dan membantu meningkatkan kepadatan tulang. Ubat yang dicadangkan ialah penyediaan teh Alfalfa dan stevia dengan merendam setengah sudu herba Alfalfa dan Stevia selama 5-7 minit. Minum dua hingga tiga kali sehari. Menambah serbuk vitamin D kedalam teh atau mengambil makanan tambahan boleh memberi manfaat juga.

Mengurangkan Berat Badan.
Penyelidikan perubatan terkini mencadangkan bahawa rendah karbohidrat, kalori dan gula Stevia memanfaatkan dalam pengurusan berat badan. Satu penyelidikan awal menunjukkan Stevia mengganggu  fungsi bahagian pangkal diencephalon yang mengawal sistem saraf autonomik (hypothalamus)dan dapat membantu penurunan berat badan dengan menyekat sensasi lapar. Hipotalamus adalah bahagian otak yang mengawal laparan, dahaga dan keletihan bersama-sama dengan fungsi lain. Aktiviti anti-glycemic dalam stevia turut mengawal paras glukosa darah yang merupakan salah satu punca utama berat badan. Stevia berfungsi sebagai tonik untuk meningkatkan tahap tenaga bagi mereka yang berjuang untuk penurunan berat badan. Ubat yang dicadangkan ialah dengan meminum satu cawan teh Stevia atau campuran 10-15 titis pati Stevia dalam satu cawan air sejuk atau suam. Minum 15 minit sebelum waktu makan.

Kedutan dan Keadaan Kulit Lain
Stevia dipercayai menjadi agen penyembuhan masalah kulit.  Aktiviti Antioksida, antibakteria dan antiseptik membantu mengatasi kekedutan (wrinkles), kecacatan kulit (blemishes), keradangan kulit (dermatitis), ekzema, wabak jerawat, parut, ruam, dan bibir luka (chapped lips). Sedikit pati Stevia digunakan secara langsung keatas kulit terjejas dapat menggalakkan proses penyembuhan. Untuk meratakan kedutan, sebelum tidur, sapukan pes yang dibuat dengan menghancurkan daun Stevia atau pati cecair nya disapu rata keseluruh permukaan muka dan biarkan ia kering selama 15-20 minit. Basuh dan keringkan muka dan sapukan beberapa titis minyak kelapa dara ke muka dan biarkan semalaman untuk mendapat manafaat daripada kesan antioksidannya.

Untuk membersih dan menyegarkan bila dijadikan sebagai pes/topeng muka, kepada kulit berminyak, bersisik dan gatal, dan membantu menghilangkan jerawat,caranya;

a) Campurkan 6 sudu teh tanah liat kaolin dengan 2 sudu teh daun kering hancur stevia dan air suam untuk dijadikan sebagai krim pekat yang sekata.
b) Jika menggunakan daun segar, sukatannya 5kali ganda jumlah tersebut.
c) Sapu merata dan tebal dimuka. Apa bila kering topeng akan meninggalkan kesan seperti ukiran dimuka.
d) Basuh muka apabila topeng kering. Stevia mendatangkan kesan tegang dan melembutkan kulit, melicinkan kedutan dan menghilangkan parut dan kudis.

Cara penanaman pokok Stevia.
• Tanah mesti tanah gembur bercampur pasir dan tidak ditenggelami air.pH tanah pula 5.0 – 8.8 dan suhu ialah 16 – 29 C. Baja yang digunakan mestilah jenis organik.
• Sebaik-baik tanah hendaklah dibuat batas dan ditutup dengan plastik pertanian.Tujuan ialah untuk menghalang pasir dari mencemari daun dan ranting pokok.Juga hamparan plastik dapat menghalang rumput tumbuh sekeliling pokok.
• Stevia ditanam menggunakan potongan dahan atau pokok. Sesetengah mengguna biji benih tetapi kaedah ini tidak menjamin kemanisan yang konsisten..
• Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi. Serta perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Pokok ini akan cepat kering dan mati jika kekurangan air.
• Hasil adalah daun dan ranting pokok. Pokok Stevia mula boleh di tuai selepas 3-4 bulan penanaman. Selepas itu setiap bulan daun stevia berserta dahan boleh di tuai.
• Hayat komersial Stevia ialah 3 tahun. Tetapi di India pokok Stevia dibiar hidup sehingga 6 tahun. Pokok tua tidak menjamin kemanisan dapat dikekalkan.
  

Hubungi MstrKi melalui wassap@sms@call di talian Hotline 019-9123963 untuk mendapat Pemanis Semulajadi Stevia dgn harga serendah RM39.90 shj.

HUBUNGI  MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT DI TALIAN :   (  09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963 ) (Masa urusan 9.00 pagi sehingga 9.00 malam) Sila sms@wassap sebelum call. Tq

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk ini sila KLIK Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah ZAKIMAN BIN ZAKARIA Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   





" BERUSAHA,  BERDOA DAN  BERTAWAKKAL"

Wednesday 13 April 2016

Jus Pembersih Kolestrol dan Toksid QR

ADAKAH Anda, Keluarga, Rakan Atau Jiran Anda Ada Menghadapi Masalah Berikut?
1. SERING SAKIT KEPALA
2. BACAAN TEKANAN DARAH MELEBIHI 120 / 80
3. SELALU SAKIT DADA DAN MASALAH PERNAFASAN
4. BACAAN KOLESTEROL TINGGI
5. SALURAN DARAH TERSUMBAT
6. DENYUTAN NADI ATAU DENGUPAN JANTUNG YANG TIDAK TETAP
7. SERING BERPELUH DINGIN
8. DAH PUAS MAKAN MACAM-MACAM UBAT DAN PRODUK TAPI HASILNYA TIDAK MEMUASKAN.

Jika Jawapan Anda YA, Maka Anda Perlukan Jus Pembersih Kolestrol dan Toksid Qalbun Rahmah (JPK&T QR)
Jangan Risau, Dengan Izin Allah Jus LEGA Boleh Membantu InsyaAllah.
Jus PK&T QR juga bagus untuk orang yg ada masalah :-

Jantung tersumbat
Athma
Tekanan darah tinggi
Kolestrol
Resdung
Arthritis
Gout
Kencing manis
Kebas tangan kaki
Sembelit

Hubungi MstrKi melalui wassap@sms@call di talian 019-9123963 untuk mendapat Jus PK&T QR dgn harga serendah RM49.90 untuk 350ML
Bagaimana kolesterol diangkut dalam darah??

Kolesterol dibawa ke dalam darah oleh molekul yang dikenali sebagai lipoprotein. Lipoprotein adalah sebatian yang mengandungi kedua-dua lipid (lemak) dan protein. 3 jenis kolestrol adalah: -

LDL adalah kolesterol "jahat", jenis kolestrol yang boleh menyumbat arteri anda. LDL membawa kolesterol dari hati ke sel-sel. Jika terlalu banyak yang dibawa, akan berlaku pelambakan LDL yang berbahaya. Kebanyakan darah manusia mengandungi lebih kurang 70% LDL, walaupun ia mungkin berbeza-beza, bergantung pada orang itu.

HDL adalah kolesterol "baik". HDL membantu pembakaran lemak dari darah anda. Paras HDLyang tinggi boleh membantu melindungi anda daripada serangan jantung. Ini kerana HDL berfungsi mengambil kolesterol dari sel-sel dan kembali ke hati. Dalam hati ia sama ada rosak atau dibuang daripada badan sebagai bahan buangan.
Trigliserida adalah satu lagi jenis lemak dalam darah anda. Jika anda mempunyai trigliserida tinggi dan LDL yang tinggi, peluang untuk mendapat serangan jantung adalah lebih tinggi. Kalori yang kita gunakan tetapi tidak digunakan serta-merta oleh tisu-tisu kita ditukar kepada triglycerides dan disimpan dalam sel-sel lemak. Apabila badan anda memerlukan tenaga dan tidak ada makanan sebagai sumber tenaga, trigliserida akan dikeluarkan dari sel-sel lemak dan digunakan sebagai tenaga dan proses ini dikawal oleh hormon. 

Mengapa sesorang boleh mendapat masalah kolestrol tinggi?
Banyak perkara yang boleh menyebabkan kolesterol tinggi, termasuklah:

Makanan yang anda makan. Mengambil terlalu banyak lemak tepu, lemak trans, dan kolesterol boleh meningkatkan kolesterol. Lemak tepu dan kolesterol dalam makanan datang dari haiwan (seperti daging, susu, kuning telur, mentega, dan keju). Lemak trans pula banyak terdapat dalam makanan yang dibungkus dan makanan ringan seperti biskut, keropok, dan kerepek.
Berat badan berlebihan.
Tidak aktif.
Umur. Kolesterol mula meningkat selepas umur 20. 
Sejarah keluarga. Jika ahli-ahli keluarga mempunyai kolesterol tinggi, anda juga boleh memilikinya.
Mempunyai masalah kesihatan. Penyakit seperti hypothyroidism boleh meningkatkan kolesterol.
Sejauh mana kolesterol yang tinggi boleh mendatangkan bahaya??
Paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan:

Aterosklerosis - penyempitan arteries.
Risiko penyakit jantung koronari yang lebih tinggi - arteri tidak normal yang membekalkan darah dan oksigen ke hati.
Serangan jantung - berlaku apabila bekalan darah dan oksigen ke kawasan otot jantung tersumbat, biasanya disebabkan oleh pembekuan dalam arteri koronari. Ini menyebabkan otot jantung tidak berfungsi
Angina - sakit dada atau ketidakselesaan yang berlaku apabila otot jantung tidak mendapat cukup oksigen
Strok dan mini-stroke - berlaku apabila darah beku menyekat arteri atau vena, menyekat aliran oksigen ke kawasan otak. Juga boleh berlaku apabila salur darah pecah. Sel-sel otak mula mati. 
Apa penyelesaian untuk masalah kolestrol tinggi? 
Kolestrol tinggi dalam darah perlu dikawal. Saya pernah diberitahu bahwa cara yang paling senang dan tidak memerlukan bajet adalah dengan mandi seawal jam 4 pagi, diteruskan dengan solat sunat sehingga waktu subuh, dan kemudian berjalan2 di sekitar rumah setelah solat subuh. Rasionalnya, dikatakan bahawa air sejuk yang meresap ke dalam badan oleh mengurangi lemak mengumpul. 
Penggunaan JPK&T juga merupakan salah satu cara yang amat berkesan untuk mengurangkn kolestrol sekaligus menjauhkan segala risiko yang berpunca dari lebihan kolestrol dalam badan.

HUBUNGI  MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT DI TALIAN :  
(  09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963 )
(Masa urusan 9.00 pagi sehingga 9.00 malam)
Sila sms@wassap sebelum Call. Tq


Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   


" Berusaha Berdoa dan Bertawakkal "

Pelbagai Jenis Madu QR

KHASIAT MADU UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan penglihatan.

Madu ialah bahan cairan yang membersih (menyah toksik) , menyembuh, membanteras racun, menambah selera dan kecergasan. Madu membantu berperanan sebagai pemangkin kesihatan manusia kerana ia menggerakkan sel-sel (tisu) baru, mempunyai daya pencergas, mampu membaiki tisu yang rosak, kaya dengan glukos serta bahan makanan yang berperanan membentuk sel manakala Vitamin A,B dan C di dalamnya sebagai makanan anggota badan, menumbuh dan memeliharanya.

Vitamin utama dan enzim dalam madu berperanan mencergaskan otak, menggilap dan memberi daya pengingat. Enzim membantu metabolisma (penukaran zat) makanan.Madu menambah dan mengembangkan ‘glycogen’ dalam hati, membersihkan hati dari racun dan kuman serta memberi tenaga kepada badan melawan kuman-kuman penyakit.

Madu berperanan sebagai bahan paling mujarab untuk penyakit dalam perut. Ia membersihkan perut, usus, saluran urat dan saluran lain untuk kesihatan. Zat asam manganese dan besi dalam madu membantu pencernaan dan memproses makanan serta menolong masalah sembelit, bengkak dan bernanah dalam perut dan usus dan masalah panas dalam perut.

Manakala zat asam Namlik merupakan zat utama dapat menahan sesuatu dari kebusukan dan kerosakan di samping dapat mematikan kuman dalam perut.

Pakar perubatan Islam banyak menulis mengenai madu.
Antaranya al-Hafiz Ibnu Abi Dunya dalam kitabnya al-Asyrof fi Manazil al- Asyrof menyatakan,"Sesungguhnya madu apabila penggemar meminumnya, ia akan mengawal ma'idah (perut), kemudian ia akan membuang penyakit, menambah kekuatan urat saraf dan kelancaran saluran urat dan darah.

Al-Muwaffaq al-Baghdadi menulis:"Madu berfungsi menyinkir lebihan/bahan yang tidak berguna daripada usus, kuatkan perut, membersih hati, melancarkan air kencing, membersih dada (termasuk paru-paru), berguna bagi orang yang banyak lendir (madu membuang lendir), terhadap tubuh yang ada bahan sejuk dan penyakit batuk yang terjadi dari lendir.

Manakala Dr Rihab 'Ukaiwy menyifatkan madu sebagai pemakanan perlu melahirkan daya kekuatan tubuh dan mental. Pandangan ini turut dikongsi oleh Dr. Muhammad Kamal Abdul Aziz. Madu dijamin oleh Allah sebagaimana dalam firmannya ayat 69 Suroh An-Nahl (lebah)

Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitab-Nya al-Quran. Pengabadian ini dilakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah, (Al-Nahl). Allah s.w.t. telah berfirman dalam surah ini mengenai lebah dan khasiat yang terdapat dalam madu lebah.

Firman ALLAH di dalam AL-QURAN. Surah AN-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:-

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang, dan pada pokok-pokok kayu, dan pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan kepadamu (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit) sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang berfikir.
DARI HADIS NABI S.A.W, RIWAYAT MUSLIM

Jenis Madu dan Keistimewaan Lebah

Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Lebah atau nama saintifiknya Apis Mellifera di antara makhluk ciptaan Allah s.w.t. yang dikenali lantaran madu yang dihasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya dianggap sebagai binatang biasa, walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting.

Masyarakat lebah amat dikenali sebagai satu kelompok masyarakat yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja. Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia.


Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.

Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.

Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.

Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria. Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide. Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus.

Antara penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:

1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia)
2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)
3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand)
4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand)
5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN)
6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).

Minumlah madu lebah!

Banyak lagi khasiat yang terdapat dalam madu lebah yang telah terbukti dengan kajian para doktor dan pakar seluruh dunia sehingga ia digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat. Di antara khasiat lain bagi madu lebah ialah:
digunakan sebagai ubat sakit perut
menghilangkan ketagihan dadah
menghilangkan kahak
memutih dan menguatkan gigi
menghilangkan kesan terbakar pada kulit
menguatkan badan, bagi yang berumur
Perihal madu lebah bukan sahaja terdapat dalam Quran dan Hadis, tetapi juga terdapat di dalam Bible.

Kesimpulannya, Al Quran adalah suatu mukjizat yang akan terus membongkar hakikat di sebalik pencipta di alam cakerawala ini. Ini juga menyingkap betapa segala penciptaan yang wujud di bumi ini diciptakan oleh ALLAH dengan fungsinya yang tersendiri. Tiada satupun objek atau kejadian yang dicipta secara sia-sia.

Walaubagaimanapun hanya orang-orang yang berfikir dapat memahami rahsia di sebalik penciptaan yang pelbagai sebagaimana yang difirmankan oleh Allah:

“Dan mereka-mereka (yang beriman) sentiasa mengingati Allah sama ada dalam keadaan berdiri, duduk atau berbaring. Dan mereka yang berfikir tentang segala penciptaaNya sama ada di langit-langit ataupun di bumi. Mereka berdoa: Wahai Tuhan kami, tidak satupun (objek & kejadian di langit dan Di bumi) yang Engkau ciptakan secara sia-sia. Maha Suci Engkau, selamatkan kami dari NERAKA”. (Surah Ali Imran: 191).

Perhatian:

Jangan disimpan dalam peti sejuk.
Elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
Elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
Jauhkan dari litar elektrik.
Jangan guna madu dengan unsur logam
Jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.



Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   


*** Berusaha dan Bertawakkal ***