Tuesday 10 June 2014

TERAS AJAIB POKOK BETIK

POKOK BETIK. 

CIRI-CIRI BOTANI.
Pokok renek besar setinggi 2-7 m. Batang tunggal, TENGAH BERONGGA (Tiada teras), Batangnya banyak bekas parut. Daun majmuk, besar, susunan berpilin, tangkai daun panjang berongga, daun seperti jari tangan, tiada bulu, urat daun jelas kelihatan. Bunga terdiri dari jantan, betina atau dwijantina (hermafrodit), keluar dari celah ketiak daun.

Bunga jantan majmuk, kecil, kuning muda, 5 kelopak, bertangkai panjang, keluar berjuntai di celah daun. Bunga betina besar, tunggal atau beberapa kuntum dalam sejambak bunga, mempunyai 5 kelopak, kuning. Buah besar, bula melonjong, kulit hijau ketika muda, kuning atau oren apabila masak, isi putih ketika muda dan bertukar oren apabila masak. Banyak biji kecil, coklat kehitaman, berbentuk bulat melonjong.

KHASIAT.
Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging.

 Teras betik betina

Teras betik jantan

TERAS BETIK ASLI.
Pada kali ini Tok ingin berkongsi keistimewaan pokok betik iaitu terasnya. Sebagaimana yang diketahui pokok betik tidak mempunyai teras, apabila dijumpai teras maka dengan izin Allah terasnya itu akan mempunyai keitimewaannya yang tersendiri. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu teras betik juga mempunyai kelebihan untuk rawatan penyakit-penyakit fizikal mahupun spiritual. Diantara khasiat teras betik berdasarkan petua orang tua-tua ialah:

a. Oleh kerana teras betik bersifat sejuk. Datuk nenek kita dahulu yang mengamalkan ilmu perang atau amalan yang bersifat panas maka sebagai ikhtiar untuk mengimbangi tenaga panas di badan mereka, mereka menggunakan teras betik sebagai penyejuk badan.
b. Begitu juga bagi individu yang memiliki sifat panas baran atau benkeng dalam istilah Kelantan, teras ini juga sesuai untuk dipakai dalam bentuk cincin, loket, tasbih dan lain-lain.
c. Ia juga dapat dijadikan sebagai ikhtiar penawar untuk deman panas, campak, keracunan makanan, santau, barah, racun kimia, melemahkan kuman dan lain-lain penyakit yang bersifat panas.
d. Bagi pengumpul barangan mistik atau teras-teras kayu ajaib, teras betik  dikatakan dapat meneutral atau mengimbangi aura diantara teras-teras, geliga-geliga dan permata-permata lain miliknya.
e. Dapat dijadikan jalan ikhtiar jika dipakai berterusan insyaAllah kita akan menjadi tenang dan sabar dalam kehidupan.
f. Diantara sebab utama teras ini menjadi buruan ialah ia dipercayai insyaAllah dapat mengembalikan energi-energi negetif yang dituju atau dihantar kepada kita.
g. Namun begitu mestilah diingat bahawa penggunaan teras ini hanyalah jalan ikhtiar sahaja. Meskipun teras ini asli dan berkhasiat tinggi tetapi kuasa mutlak hanyalah di tangan Allah swt. Wallahuaklam.

Disebelah kanan teras betik rambai (jate)


HUBUNGI  MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI MAHAR TERAS BETIK

DI TALIAN : 09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963


Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA
Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   


*** Berusaha dan Bertawakkal ***

2 comments: