Tuesday 24 June 2014

TERAS AJAIB KEKABU

Pokok Kekabu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan MexicoAmerika TengahCaribbean, utara Amerika Selatan, dan barat Afrika serta Asia Tenggara. Nama botaninya Ceiba pentandra.
                                                                                                                         
Pokok Kekabu tergolong dalam famili Bombacaceae. Ia memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dikalangan penduduk kampung Melayu (Allen 1971). Pokok Kekabu biasanya TIDAK mempunyai teras.

Kegunaan
Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.

Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.

Tetapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Pada masa kini, kekabu tidak digunakan dalam industri kerana masaalah kekurangan bekalan Kekabu yang banyak dan murah dan berpanjangan. Ini kerana pokok Kekabu tidak ditanam di ladang-ladang besar yang mampu menjamin bekalan yang berterusan.


Buah Kekabu
Buah Kekabu memiliki kelongsong bujur yang menyerupai buah koko. Kelongsong berkayu itu tumbuh segugus seperti timun kecil (Corner 1988). Pada mulanya ia bewarna hijau dan kemudian bertukar perang dan kehitaman apabila matang. Apabila mencapai tempoh buah kekabu akan pecah kepada lima bahagian dari hujung ke pangkal dan membebaskan biji benihnya yang diselitupi dengan kekabu (Lotschert & Beese 1991).

Gentian lembut bersutra, putih kekuningan merupakan unjuran dari dinding dalam kelonsong berkayu yang turut menyelitupi biji benih dalamnya. Ini berbeza sama sekali dari pokok kapas di mana gentian itu terbentuk daripada penutup luar biji benih (Simpson & Ogorzaly 1988).

Gentian kekabu sepanjang antara 10-35mm, ianya terlalu halus dan licin untuk diputar menjadi benang. Ia juga gebu, kerana diselitupi lilin, menjadikannya bahan penebat yang sesuai. Kandungan fiber terdiri daripada 64 % selulos. Kekabu amat anjal dan sesuai untuk dijadikan bahan pengisi seperti kusyen, bantal, tilam, jaket keselamatan, dan tali pinggang keselamatan (Vaughan 1970).

Biji benih Kekabu
Biji benih kekabu adalah antara 25-28 % (wt/wt) bagi setiap buah kekabu. Biji benihnya bewarna perang gelap, dan terdapat 118 yang terbenam dalam gentian kekabu. Biji benih kekabu mengandungi kadar minyak mentah yang agak tinggi sekitar 22-25% daripada jumlah berat keseluruhan dan dilaporkan menyamai minyak biji benih kapas yang boleh dimakan. Dengan itu minyak biji benih kekabu boleh dijadikan minyak masak, sama seperti minyak biji benih kapas tetapi sehingga kini tidak diusahakan.

Khasiat teras kekabu dalam bentuk spiritual berpandukan petua orang-orang tua dan dari pengalaman pengguna teras ini.

- Sebagai penawar (air rebusannya).
- Ketahanan kulit (awet muda ).
- ketahanan badan, medium perubatan serta berbagai kegunaan mistik.
- Menjauhkan dan melemahkan ular, meringan badan seperti kapas bila darurat.
- Menghilangkan bengkak-bengkak akibat terseliuh.
- Penawar demam panas dan masalah lemah syahwat, pendinding diri.
- Kesan pukulan dari pemakai barang hikmah ini juga berbisa.

Lain-lain Khasiat dan Kegunaan Pokok Kekabu
Biji kekabu mengandungi sehingga 25% minyak. Minyaknya diperolehi daripada biji kekabu dan hampas bijinya dijadikan makanan haiwan. Hampas biji kekabu mengandungi protien. Minyak biji kekabu digunakan untuk membuat sabun dan bahan api. Ciri-ciri minyak kekabu hampir menyamai ciri-ciri minyak biji kapas. Biji kekabu tidak boleh dimakan terlalu banyak kerana akan menyenakkan perut.

Kayu kekabu pula lembut dan digunakan untuk membuat sampan, kotak, kayu mancis dan sebagainya. Gam boleh diperolehi daripada pokok kekabu. Gam ini larut dalam air semasa segar dan sebaliknya tidak larut apabila keras.

Kulit pokok kekabu juga digunakan sebagai pewarna merah coklat pada kain. Di Mexico, kulit pokok kekabu yang ditumbuk hingga lumat ditampal pada luka dan air rebusan isi kulit pokok kekabu digunakan sebagai perangsang muntah, mengubati spasma, luka pada kaki, buasir, gonorea, perangsang haid dan perangsang pengeluaran plasenta wanita selepas bersalin.

Air rebusan kulit pokok kekabu digunakan sebagai ubat penyembuh asma dan demam untuk kanak-kanak. Di Filipina, air rebusan kulit pokok kekabu digunakan sebagai penguat tenaga batin dan ubat demam panas dan cirit birit.

Rebusan akar kekabu diminum sebagai diuretik, iaitu perangsang menghasilkan air kencing. Air rebusan akar kekabu, buah muda atau gam digunakan sebagai ubat disentri, cirit-birit, edima, dropsi dan perangsang kencing.

Air rebusan daun diminum dan digunakan untuk mandi. Orang Trinidid turut menggunakan air rebusan daun kekabu untuk mandi dan mengubati bengkak pada kaki. Di Malaysia daun kekabu yang sudah diramas dan direndam didalam air panas atau direbus, diminum sebagai ubat demam panas, sifilis dan selepas bersalin. 

Di Singapura pula satu cara untuk mengubati batuk adalah dengan menumbuk daun kekabu dengan campuran bawang merah dan kunyit, kemudian direndam di dalam air. Air ini diminum untuk mengubati batuk,masalah kerongkong, sakit usus dan sakit saluran kencing. Di India, daun muda digunakan sabagai ubat gonorea.





HUBUNGI  MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI MAHAR PERMATA.

DI TALIAN : 09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963



Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah


ZAKIMAN BIN ZAKARIA
Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   


*** Berusaha dan Bertawakkal ***

No comments:

Post a Comment