Info dan Khasiat Pokok
Stevia
Pokok
Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada
keluarga bunga matahari (Astereacea). Ia secara rasminya ditemui pada kurun
kesembilan belas oleh Dr. Moises Santiago Bertoni. Beliau menamakannya Stevia
Rebuadiani Bertoni, sebagai penghormatan kepada Ahli kimia Paraguay,Ia
merupakan tumbuhan yang berasal daripada kawasan tropika dan sub-tropika di
Amerika selatan dan Amerika Tengah.
Khasiat dan Kegunaan Pokok
Stevia
Kesihatan
rambut dan Kelemumur.
Pati
Stevia dipercayai bermanafaat untuk kelemumur, kulit kepala kering, dan rambut
kusam, kering dan nipis. Banyak pengguna mendapati rambut mereka lebih kuat,
bebas kelemumur dan rambut baru bila penggunaan tetap Stevia. Hanya campurkan
3-4 titis pati Stevia ke dalam syampu biasa dan bilas seperti biasa. Juga,
selepas mencuci rambut, gunakan teh stevia sebagai perapi dan bilas selepas 5
minit, dapat membantu mengekalkan warna rambut semulajadi dan menguatkannya
Diabetes.
Kajian
dan penyelidikan menunjukkan Stevia dapat menstabilkan tahap gula dalam darah,
meningkatkan rintangan insulin, malah boleh menggalakkan pengeluaran insulin
dengan menggalakkan kesihatan pankreas, menggalakkan penyerapan glukosa dalam
darah, dan menghalang kandidiasis (candidiasis) – jangkitan yis kembang-biak
bersama gula. Stevia adalah karbohidrat rendah
gula dan rendah kalori gula alternatif. Ia juga jenis steviol glycosides yang
tidak dihadamkan sistem penhadaman lalu dikumuh sebagai air kencing tanpa
terkumpul di dalam badan. Kajian juga menunjukkan bahawa Stevia boleh
menghalang keinginan untuk makanan manis dan berminyak atau berlemak. Meminum
teh yang diperbuat dari daun Stevia hancur mentah, atau sebagai ekstrak atau
bag teh dan diminum 2 atau3 kali sehari dapat membantu masalah darah luar biasa
tinggi gula, biasanya dikaitkan dengan diabetes (hyperglycemia).
Untuk menyediakan teh Stevia, teh panaskan – tanpa mendidih satu cawan air dan
masukkan satu sudu teh daun atau satu beg teh dan dibiarkan selama 5 -7 minit.
Diminum panas atau sejuk. Atau 3-4 titis ekstrak Stevia ke dalam secawan air
suam atau sejuk. Stevia juga boleh digunakan sebagai alternatif semula
jadi untuk mana-mana pemanis tiruan yang digunakan.
Radang Gusi (Gingivitis).
Kajian
menunjukkan bahawa ciri-ciri antibakteria Stevia
dapat membantu kaviti, gingivitis, kerosakan gigi dan sakit mulut. Ia boleh
menyekat pembangunan dan pembiakan organisma berjangkit gusi dan gigi,
menghalang pertumbuhan plak dan boleh meningkatkan kesihatan mulut secara
keseluruhan. Orang yang telah menggunakan Stevia sebagai ubat, melaporkan
penurunan ketara dalam jangkitan mulut gingivitis dan lain-lain. Hanya kumoh
dengan pencuci mulut Stevia dan memberus mengguna ubat gigi dari Stevia
menambah faedah. Untuk membuat pencuci mulut Stevia, tambah 3-4 titis ekstrak
Stevia kedalam setengah cawan air suam atau rendamkan daun teh stevia atau
uncang teh kedalam secawan air suam dan berkumur tiga hingga empat kali setiap
hari terutamanya di waktu pagi dan pada waktu malam. Sebagai ubat gigi,
campurkan 2 titis ekstrak Stevia ke dalam ubat gigi biasa.
Pedih
ulu hati dan senak.
Orang
Brazil, Paraguay dan Bolivia menggunakan teh Stevia untuk melegakan sakit perut, pedih
ulu hati, dan untuk meningkatkan pencernaan dan fungsi gastro-usus. Minum teh
Stevia setiap kali selepas makan dapat membantu pencernaan dan melegakan pedih
ulu hati dan sakit perut.
Tekanan Darah
Tinggi (Hipertensi).
Beberapa
kajian jangka panjang yang dilakukan sepanjang tempoh 1 hingga 2 tahun
menunjukkan bahawa stevia boleh menurunkan paras tekanan darah
tinggi. Hanya minum teh Stevia dua kali sehari boleh membantu menstabilkan
tahap tekanan darah.
Osteoporosis.
Satu
kajian yang dilakukan ke atas ayam menunjukkan dengan menambah serbuk daun
Stevia ke dalam makanan ayam dengan ketara meningkatkan metabolisma kalsium di
dalam ayam dan menurunkan 75% kulit telur pecah. Seorang pesakit Osteoporosis
menggunakan Stevia mencadangkan bahawa stevia dapat membantu menggalakkan
penyerapan kalsium kedalam
badan dan membantu meningkatkan kepadatan tulang. Ubat yang dicadangkan ialah
penyediaan teh Alfalfa dan stevia dengan merendam setengah sudu herba Alfalfa
dan Stevia selama 5-7 minit. Minum dua hingga tiga kali sehari. Menambah serbuk
vitamin D kedalam teh atau mengambil makanan tambahan boleh memberi manfaat
juga.
Mengurangkan
Berat Badan.
Penyelidikan
perubatan terkini mencadangkan bahawa rendah karbohidrat,
kalori dan gula Stevia memanfaatkan dalam pengurusan berat badan. Satu
penyelidikan awal menunjukkan Stevia mengganggu fungsi bahagian pangkal
diencephalon yang mengawal sistem saraf autonomik
(hypothalamus)dan dapat membantu
penurunan berat badan dengan menyekat sensasi lapar. Hipotalamus
adalah bahagian otak yang mengawal laparan, dahaga dan keletihan bersama-sama
dengan fungsi lain. Aktiviti anti-glycemic dalam stevia turut mengawal paras
glukosa darah yang merupakan salah satu punca utama berat badan. Stevia
berfungsi sebagai tonik untuk meningkatkan tahap tenaga bagi mereka yang
berjuang untuk penurunan berat badan. Ubat yang dicadangkan ialah dengan
meminum satu cawan teh Stevia atau campuran 10-15 titis pati Stevia dalam satu
cawan air sejuk atau suam. Minum 15 minit sebelum waktu makan.
Kedutan
dan Keadaan Kulit Lain
Stevia
dipercayai menjadi agen penyembuhan masalah kulit. Aktiviti Antioksida, antibakteria dan
antiseptik membantu mengatasi kekedutan (wrinkles), kecacatan kulit (blemishes),
keradangan kulit (dermatitis), ekzema, wabak jerawat, parut, ruam, dan
bibir luka (chapped
lips). Sedikit pati Stevia digunakan secara langsung keatas kulit terjejas
dapat menggalakkan proses penyembuhan. Untuk meratakan kedutan, sebelum tidur,
sapukan pes yang dibuat dengan menghancurkan daun Stevia atau pati cecair nya
disapu rata keseluruh permukaan muka dan biarkan ia kering selama 15-20 minit.
Basuh dan keringkan muka dan sapukan beberapa titis minyak kelapa dara ke muka
dan biarkan semalaman untuk mendapat manafaat daripada kesan antioksidannya.
Untuk membersih dan menyegarkan bila dijadikan sebagai pes/topeng muka, kepada kulit berminyak, bersisik dan gatal, dan membantu menghilangkan jerawat,caranya;
a) Campurkan 6 sudu teh tanah liat kaolin dengan 2 sudu teh daun kering
hancur stevia dan air suam untuk dijadikan sebagai krim pekat yang sekata.
b) Jika
menggunakan daun segar, sukatannya 5kali ganda jumlah tersebut.
c) Sapu merata dan tebal dimuka. Apa bila kering topeng akan meninggalkan kesan
seperti ukiran dimuka.
d) Basuh muka apabila topeng kering. Stevia mendatangkan kesan tegang dan
melembutkan kulit, melicinkan kedutan dan menghilangkan
parut dan kudis.
Cara
penanaman pokok Stevia.
•
Tanah mesti tanah gembur bercampur pasir dan tidak ditenggelami air.pH tanah
pula 5.0 – 8.8 dan suhu ialah 16 – 29 C. Baja yang digunakan mestilah jenis
organik.
•
Sebaik-baik tanah hendaklah dibuat batas dan ditutup dengan plastik
pertanian.Tujuan ialah untuk menghalang pasir dari mencemari daun dan ranting
pokok.Juga hamparan plastik dapat menghalang rumput tumbuh sekeliling pokok.
•
Stevia ditanam menggunakan potongan dahan atau pokok. Sesetengah mengguna biji
benih tetapi kaedah ini tidak menjamin kemanisan yang konsisten..
•
Stevia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi. Serta perlu disiram 2
kali sehari dalam cuaca panas. Pokok ini akan cepat kering dan mati jika
kekurangan air.
•
Hasil adalah daun dan ranting pokok. Pokok Stevia mula boleh di tuai selepas
3-4 bulan penanaman. Selepas itu setiap bulan daun stevia berserta dahan boleh
di tuai.
•
Hayat komersial Stevia ialah 3 tahun. Tetapi di India pokok Stevia dibiar hidup
sehingga 6 tahun. Pokok tua tidak menjamin kemanisan dapat dikekalkan.
Hubungi
MstrKi melalui wassap@sms@call di talian Hotline 019-9123963 untuk mendapat Pemanis
Semulajadi Stevia dgn harga serendah RM39.90 shj.
HUBUNGI
MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT DI TALIAN : ( 09-9554930 /
012-9561020 / 019-9123963 ) (Masa urusan 9.00 pagi sehingga 9.00 malam) Sila
sms@wassap sebelum call. Tq
Untuk
maklumat lanjut berkaitan produk ini sila KLIK Akaun Bank Untuk Urusan Bank In
@ Transfer ke Qalbun Rahmah ZAKIMAN BIN ZAKARIA Email
: qalbunrahmah@yahoo.com
Maybank ( 1530 5616 5316 )
Bank Islam ( 0604 6020 0361 34 )
Cimb ( 7051 3142 37 )
AgroBank ( 100 670 100000 5883 )
Bsn ( 07104 41 80135553 7 )
" BERUSAHA, BERDOA DAN BERTAWAKKAL"