Pokok Beko, Beka, Bonglai, atau pokok
biji lunang ialah sejenis tumbuhan
yang terdapat di hutan Malaysia serta
di negara-negara ASEAN yang
lain. Nama saintifiknya Oroxylum indicum Vent. Pucuk dan buah muda beko boleh dibuat
ulam dengan mencelurkannya dahulu kemudian dimakan dengan sambal belacan, budu,
cencaluk dan pencecah yang lain. Buahnya boleh dibuat kerabu. Daunnya berasa sedikit kelat dan
pahit.
Pokok sederhana besar setinggi 20 m,
tidak banyak dahan. Pokok ini biasanya TIDAK BERTERAS. Sekiranya dijumpai yang
berteras ini adalah diantara kurniaan Allah swt yang sangat bernilai. Daun
majmuk, sederhana besar, anak daun dengan ukuran lebar yang hampir sama,
bertangkai pendek, bentuk lonjong, pucuk muda berwarna hijau kekuningan dan
bertukar hijau tua setelah matang.
Bunga majmuk, sederhana besar, berbentuk
corong, putih kekuningan, berbau busuk, terdapat dalam jambak bunga yang keluar
di hujung dahan. Buah besar, panjang meleper, sedikit bengkok dan berjuntai.
Biji kecil, banyak terkandung dalam buah, sangat nipis, putih.
Khasiat beko antaranya boleh merawat
sakit perut, rematisme, luka yang membawa jangkitan, angin dalam perut/usus,
pembuka selera makan, rawatan ibu selepas bersalin, demam panas, kolera,
bengkak sendi, disenteri, sakit kepala (migrain), limpa bengkak, sakit gigi,
sakit urat, tekanan darah tinggi, dan darah bertoksik atau kotor.
Khasiat mistik terasnya pula ia
dikatakan berupaya menyingkirkan energi-energi negetif makhluk halus, sebagai
ikhtiar ketahanan kulit, penyingkir dan pendinding alami ilmu sihir, santau,
teluh dan sewaktu dengannya, dibuat minyak wangi berkarisma tinggi,
pengasihan, penunduk dan sebagainya wallahuaklam. Menurut kata guru Tok
terdapat kaifiat khusus untuk menghasilkan minyak wangi berkarisma tinggi
menggunakan teras beko ini. InsyaAllah pembeli teras akan diijazahkan dengan
keilmuan membuat minyak wangi teras beko ini.
HUBUNGI
MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI MAHAR PERMATA.
DI
TALIAN : 09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963
Akaun
Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah.
ZAKIMAN
BIN ZAKARIA
Email
: qalbunrahmah@yahoo.com
Maybank ( 1530 5616 5316 )
Bank Islam ( 0604 6020 0361 34 )
Cimb ( 7051 3142 37 )
AgroBank ( 100 670 100000 5883 )
Bsn ( 07104 41 80135553 7 )
*** Berusaha dan Bertawakkal ***