Terima kasih di
atas kunjungan anda ke blog Produk Istimewa Qalbun Rahmah. Kiranya belum terlewat untuk Tok mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Semoga hari
raya kali ini disambut dengan penuh keinsafan dan kesyukuran memandangkan
pelbagai peristiwa sedih telah menimpa negara kita. Semoga Allah swt memberi
kesabaran dan ketabahan kepada kita semua.
Ingatlah Allah
swt tidak menjadikan sesuatu perkara dengan sia-sia. Ingatan dan keprihatinan
kita perlu ditingkatkan agar perkara yang buruk tidak lagi menimpa kita semua
InsyaAllah. Selamat Hari Raya Aidil Fitri daripada Tok Sekeluarga.