Sunday, 29 June 2014

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1435


Selamat menyambut bulan Ramadan al Mubarak 1435 kepada Semua GrandMaster QR, Master QR, Graduan QR, Pembeli Produk QR, Yang Pernah berurusan dengan QR serta kaum muslimin dan muslimat. Sempena kedatangan bulan yang mulia ini, Tok ingin memohon jutaan kemaafan kepada anda semua sekiranya ada tersilap kata dan terkasar bahasa. Tok berdoa agar kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain dengan penuh ikhlas. Untuk itu sebagai hadiah dari Tok, Qalbun Rahmah menawarkan promosi untuk produk dan perkhidmatan kami. Semoga ia dapat memberi manafaat kepada kita semua InsyaAllah. Sekali lagi SELAMAT  BERPUASA.

1). PENGISIAN ENERGI MISTIK/GHAIB.  Qalbun Rahmah menyediakan pengisian pelbagai energi mistik@ghaib ke atas senjata , batu-batu permata, tasbih dan lain-lain :-

(a). Wibawa@karisma : RM55.50 (Biasa) Promosi RM 50.50
       RM77.70(Tahap Tinggi) Promosi  RM 66.60 Shj !
(b). Pengasihan@Pelarisan : -mahar seperti di atas- 
(c). Benteng Diri : -mahar seperti di atas-
(d). Bela Diri : -mahar seperti di atas-
(e). Ketahanan kulit: RM199.90 (Biasa) Promosi RM 150.00
      RM299.90(Tinggi) Tahap Tinggi  RM 250.00 Shj!
Sekiranya diambil mengikut pakej maharnya seperti berikut :
Pengisian untuk 4 jenis( Tahap Tinggi - a hingga d ) ~ RM180 Shj ! 
Pengisian 5 Tahap Tinggi (a hingga e) ~ RM350 Shj ! 

2). Pemagaran rumah/kedai/kebun. Tahap rendah RM177.70 Promosi RM 155.50 !
3). Permata teras kelor pulau @ kampung @ bukit~ RM 90 Promosi RM 80 Shj !
4). Fosil kelor merah tunggal ~ RM 200- RM250  Promosi RM 150 Shj !
5). Permata Arasy @ taker @ tetak ~ RM 350  Promosi  RM 250 Shj !
6). Keychain kelor ~ RM 70  Promosi RM 50 Shj !
7). Minyak wangi aura pengasihan ~ RM 99.90 - RM 177.70 Promosi RM 88.80 Shj !
8). Loket perak permata kelor ~ RM 150  Promosi RM 99.90 Shj !
10). Permata berbisa ibol campur sulur bertam ~  RM 150 Promosi RM 110.00 Shj !
11).Gelang kelor kampung @ pulau @ bukit ~ RM 250 Promosi RM 180.80 Shj !
12). Permata batu meleleh ~ RM 150 Promosi RM 120 Shj !
13). Permata tulang ikan duyung ~ RM 150  Promosi RM 120.00 Shj !
14). Permata penawar racun alami ~ RM 150 Promosi RM 120.00 Shj !
15). Permata pencegah kehamilan alami ~ RM 150 Promosi RM 120.00 Shj !
16). Permata tok wali @ tabasher ~ RM 150.00 Promosi RM 120.00 Shj !
17). Permata mani gajah dan gading gajah ~ RM150.00 Promosi RM 120.00 Shj !
18). Tasbih kelor  ~ RM 250  Promosi RM 180.80 Shj !
        Tasbih kokka ~ RM 120  Promosi RM 90 Shj !
19). Permata kayu naga ~ RM 120  Promosi RM 100 shj !
20). Mangkuk Steel Ayat-ayat Al Quraan ~ RM 35  Promosi RM 30!
21). Permata Penyejuk Badan (Auracaria) ~ RM 150  Promosi RM 120!
22). Bunga serai ~ RM 110 Promosi RM 88.80 Shj !
23). Buluh Perindu ~ RM110 Promosi RM 88.80 Shj !
24). Qirana Drop ~ RM29.90 Promosi RM 27.70  Shj !
25). Qirana Biosalt ~ RM20.00 Promosi RM 17.70 Shj !

HUBUNGI MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN RUNDINGAN HARGA TERENDAH DI TALIAN : 09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963

NEW!!! TAWARAN UNTUK MENGIKUTI PELBAGAI PENGAJIAN KEILMUAN DARI QALBUN RAHMAH DENGAN BAYARAN ANSURAN BULANAN SERENDAH RM70 SEBULAN...!!!
TERHAD KEPADA 10 CALON SAHAJA!!!


Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah


ZAKIMAN BIN ZAKARIA
Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   


*** Berusaha dan Bertawakkal ***

Tuesday, 24 June 2014

TERAS AJAIB KEKABU

Pokok Kekabu merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, utara Amerika Selatan, dan barat Afrika serta Asia Tenggara. Nama botaninya Ceiba pentandra.
                                                                                                                         
Pokok Kekabu tergolong dalam famili Bombacaceae. Ia memiliki daun yang jarang dan dahan mendatar bertingkat pada sudut mendatar. Pokok Kekabu malar hijau ini memiliki batang kelabu pucat berduri banyak ditanam dikalangan penduduk kampung Melayu (Allen 1971). Pokok Kekabu biasanya TIDAK mempunyai teras.

Kegunaan
Pokok kekabu merupakan sejenis pokok yang amat dihargai pada suatu masa dahulu. Ini kerana buahnya berbentuk kekapas, merupakan satu gentian pelbagai guna yang penting pada suatu masa.

Antara lain, sehingga kini, kekabu masih digunakan sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional. Bantal atau tilam yang disi dengan kekabu mampu bertahan sehingga 20 tahun, tetapi ia perlu dijauhkan dari air, dan dijemur dan dipukul dengan pemukul rotan bagi menyingkir debu kekabu yang telah hancur.

Tetapi generasi masa kini lebih selesa menggunakan bantal atau tilam kapas kerana mudah dibeli. Pada masa kini, kekabu tidak digunakan dalam industri kerana masaalah kekurangan bekalan Kekabu yang banyak dan murah dan berpanjangan. Ini kerana pokok Kekabu tidak ditanam di ladang-ladang besar yang mampu menjamin bekalan yang berterusan.


Buah Kekabu
Buah Kekabu memiliki kelongsong bujur yang menyerupai buah koko. Kelongsong berkayu itu tumbuh segugus seperti timun kecil (Corner 1988). Pada mulanya ia bewarna hijau dan kemudian bertukar perang dan kehitaman apabila matang. Apabila mencapai tempoh buah kekabu akan pecah kepada lima bahagian dari hujung ke pangkal dan membebaskan biji benihnya yang diselitupi dengan kekabu (Lotschert & Beese 1991).

Gentian lembut bersutra, putih kekuningan merupakan unjuran dari dinding dalam kelonsong berkayu yang turut menyelitupi biji benih dalamnya. Ini berbeza sama sekali dari pokok kapas di mana gentian itu terbentuk daripada penutup luar biji benih (Simpson & Ogorzaly 1988).

Gentian kekabu sepanjang antara 10-35mm, ianya terlalu halus dan licin untuk diputar menjadi benang. Ia juga gebu, kerana diselitupi lilin, menjadikannya bahan penebat yang sesuai. Kandungan fiber terdiri daripada 64 % selulos. Kekabu amat anjal dan sesuai untuk dijadikan bahan pengisi seperti kusyen, bantal, tilam, jaket keselamatan, dan tali pinggang keselamatan (Vaughan 1970).

Biji benih Kekabu
Biji benih kekabu adalah antara 25-28 % (wt/wt) bagi setiap buah kekabu. Biji benihnya bewarna perang gelap, dan terdapat 118 yang terbenam dalam gentian kekabu. Biji benih kekabu mengandungi kadar minyak mentah yang agak tinggi sekitar 22-25% daripada jumlah berat keseluruhan dan dilaporkan menyamai minyak biji benih kapas yang boleh dimakan. Dengan itu minyak biji benih kekabu boleh dijadikan minyak masak, sama seperti minyak biji benih kapas tetapi sehingga kini tidak diusahakan.

Khasiat teras kekabu dalam bentuk spiritual berpandukan petua orang-orang tua dan dari pengalaman pengguna teras ini.

- Sebagai penawar (air rebusannya).
- Ketahanan kulit (awet muda ).
- ketahanan badan, medium perubatan serta berbagai kegunaan mistik.
- Menjauhkan dan melemahkan ular, meringan badan seperti kapas bila darurat.
- Menghilangkan bengkak-bengkak akibat terseliuh.
- Penawar demam panas dan masalah lemah syahwat, pendinding diri.
- Kesan pukulan dari pemakai barang hikmah ini juga berbisa.

Lain-lain Khasiat dan Kegunaan Pokok Kekabu
Biji kekabu mengandungi sehingga 25% minyak. Minyaknya diperolehi daripada biji kekabu dan hampas bijinya dijadikan makanan haiwan. Hampas biji kekabu mengandungi protien. Minyak biji kekabu digunakan untuk membuat sabun dan bahan api. Ciri-ciri minyak kekabu hampir menyamai ciri-ciri minyak biji kapas. Biji kekabu tidak boleh dimakan terlalu banyak kerana akan menyenakkan perut.

Kayu kekabu pula lembut dan digunakan untuk membuat sampan, kotak, kayu mancis dan sebagainya. Gam boleh diperolehi daripada pokok kekabu. Gam ini larut dalam air semasa segar dan sebaliknya tidak larut apabila keras.

Kulit pokok kekabu juga digunakan sebagai pewarna merah coklat pada kain. Di Mexico, kulit pokok kekabu yang ditumbuk hingga lumat ditampal pada luka dan air rebusan isi kulit pokok kekabu digunakan sebagai perangsang muntah, mengubati spasma, luka pada kaki, buasir, gonorea, perangsang haid dan perangsang pengeluaran plasenta wanita selepas bersalin.

Air rebusan kulit pokok kekabu digunakan sebagai ubat penyembuh asma dan demam untuk kanak-kanak. Di Filipina, air rebusan kulit pokok kekabu digunakan sebagai penguat tenaga batin dan ubat demam panas dan cirit birit.

Rebusan akar kekabu diminum sebagai diuretik, iaitu perangsang menghasilkan air kencing. Air rebusan akar kekabu, buah muda atau gam digunakan sebagai ubat disentri, cirit-birit, edima, dropsi dan perangsang kencing.

Air rebusan daun diminum dan digunakan untuk mandi. Orang Trinidid turut menggunakan air rebusan daun kekabu untuk mandi dan mengubati bengkak pada kaki. Di Malaysia daun kekabu yang sudah diramas dan direndam didalam air panas atau direbus, diminum sebagai ubat demam panas, sifilis dan selepas bersalin. 

Di Singapura pula satu cara untuk mengubati batuk adalah dengan menumbuk daun kekabu dengan campuran bawang merah dan kunyit, kemudian direndam di dalam air. Air ini diminum untuk mengubati batuk,masalah kerongkong, sakit usus dan sakit saluran kencing. Di India, daun muda digunakan sabagai ubat gonorea.





HUBUNGI  MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI MAHAR PERMATA.

DI TALIAN : 09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963



Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah


ZAKIMAN BIN ZAKARIA
Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   


*** Berusaha dan Bertawakkal ***

Saturday, 14 June 2014

PERMATA GADING GAJAH



Maklumat & Sejarahnya
Gading Gajah banyak diperolehi daripada gajah jantan liar yang mati di hutan di kepulauan Indonesia, Thailand termasuk negara kita Malaysia. Amatlah sukar untuk memperoleh gading gajah yang mati beragan atau terbiar di hutan kerana kebanyakan gading gajah yang dijual diperoleh dengan membunuh gajah itu sendiri.

Fungsi/Kegunaan/Kelebihan
Gading Gajah Digunakan Sebagai Penolak Santau,Mahararaja Cina Pada Masa Dahulu Mengunakan Chop Stiknya Yang Diperbuat Daripada Gading Untuk Membenteng Dirinya Daripada Santau Atau Racun.

Khasiat Yang Dikenal Pasti Adalah Untuk Wibawa ,Penunduk , Pendinding Diri, Penawar Penyakit Demam Batuk , Jauh Santau ,Orang Jauh Didekatkan, Laris Niaga, Jauhkan Hasad Dengki Termasuk 1001 Keindahan Yang Ada. InsyaAllah.

Khasiat Tertinggi Ampuh
Dikatakan gading gajah mempunyai khasiat yang sama dengan air mani gajah itu sendiri apatah lagi diperolehi daripada gajah yang mati beragan ataupun terbiar di hutan. Antara khasiatnya adalah seperti:
Pengaruh Kata;
Pengaruh Fikiran;
Tenaga Dalaman;
Tenaga Batin;
Tenaga Badan;
Kekuatan Tubuh;
Penunduk;
Pendinding Diri;
Pengaruh Diri;
Pelaris Dagangan;
Penawar Duri, Bisa-Bisa dan Lain-Lain.
Insya-Allah Dengan IzinNYA
Semua khasiat diatas berdasarkan petua orang-orang tua dan pengguna gading ini. Wallahuaklam.



HUBUNGI  MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI MAHAR TERAS BETIK

DI TALIAN : 09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963


Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA
Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   


*** Berusaha dan Bertawakkal ***

Tuesday, 10 June 2014

TERAS AJAIB POKOK BETIK

POKOK BETIK. 

CIRI-CIRI BOTANI.
Pokok renek besar setinggi 2-7 m. Batang tunggal, TENGAH BERONGGA (Tiada teras), Batangnya banyak bekas parut. Daun majmuk, besar, susunan berpilin, tangkai daun panjang berongga, daun seperti jari tangan, tiada bulu, urat daun jelas kelihatan. Bunga terdiri dari jantan, betina atau dwijantina (hermafrodit), keluar dari celah ketiak daun.

Bunga jantan majmuk, kecil, kuning muda, 5 kelopak, bertangkai panjang, keluar berjuntai di celah daun. Bunga betina besar, tunggal atau beberapa kuntum dalam sejambak bunga, mempunyai 5 kelopak, kuning. Buah besar, bula melonjong, kulit hijau ketika muda, kuning atau oren apabila masak, isi putih ketika muda dan bertukar oren apabila masak. Banyak biji kecil, coklat kehitaman, berbentuk bulat melonjong.

KHASIAT.
Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging.

 Teras betik betina

Teras betik jantan

TERAS BETIK ASLI.
Pada kali ini Tok ingin berkongsi keistimewaan pokok betik iaitu terasnya. Sebagaimana yang diketahui pokok betik tidak mempunyai teras, apabila dijumpai teras maka dengan izin Allah terasnya itu akan mempunyai keitimewaannya yang tersendiri. Mengikut kepercayaan masyarakat Melayu teras betik juga mempunyai kelebihan untuk rawatan penyakit-penyakit fizikal mahupun spiritual. Diantara khasiat teras betik berdasarkan petua orang tua-tua ialah:

a. Oleh kerana teras betik bersifat sejuk. Datuk nenek kita dahulu yang mengamalkan ilmu perang atau amalan yang bersifat panas maka sebagai ikhtiar untuk mengimbangi tenaga panas di badan mereka, mereka menggunakan teras betik sebagai penyejuk badan.
b. Begitu juga bagi individu yang memiliki sifat panas baran atau benkeng dalam istilah Kelantan, teras ini juga sesuai untuk dipakai dalam bentuk cincin, loket, tasbih dan lain-lain.
c. Ia juga dapat dijadikan sebagai ikhtiar penawar untuk deman panas, campak, keracunan makanan, santau, barah, racun kimia, melemahkan kuman dan lain-lain penyakit yang bersifat panas.
d. Bagi pengumpul barangan mistik atau teras-teras kayu ajaib, teras betik  dikatakan dapat meneutral atau mengimbangi aura diantara teras-teras, geliga-geliga dan permata-permata lain miliknya.
e. Dapat dijadikan jalan ikhtiar jika dipakai berterusan insyaAllah kita akan menjadi tenang dan sabar dalam kehidupan.
f. Diantara sebab utama teras ini menjadi buruan ialah ia dipercayai insyaAllah dapat mengembalikan energi-energi negetif yang dituju atau dihantar kepada kita.
g. Namun begitu mestilah diingat bahawa penggunaan teras ini hanyalah jalan ikhtiar sahaja. Meskipun teras ini asli dan berkhasiat tinggi tetapi kuasa mutlak hanyalah di tangan Allah swt. Wallahuaklam.

Disebelah kanan teras betik rambai (jate)


HUBUNGI  MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI MAHAR TERAS BETIK

DI TALIAN : 09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963


Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA
Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   


*** Berusaha dan Bertawakkal ***

Sunday, 8 June 2014

PERINGATAN UNTUK PENGUNJUNG BLOG PRODUK ISTIMEWA QALBUN RAHMAH


Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Produk Istimewa Qalbun Rahmah. Terima kasih diatas lawatan ANDA ke blog ini, mudah-mudahan ia akan memberi manafaat kepada anda semua. Untuk pengetahuan anda, blog ini sekadar ingin berkongsi maklumat, perkhidmatan dan pengalaman dalam soal rawatan dan keilmuan serta pelbagai produk exotik seperti kayu-kayu ajaib, teras-teras kayu, pelbagai jenis batuan, batu permata, tasbih, tongkat, cincin, keris dan sebagainya.

Sebagai seorang Islam mahupun non muslim saya MEWAJIBKAN anda membaca panduan dan tatacara penggunaan medium Qalbun Rahmah di sebelah KANAN blog ini sebelum anda mendapatkan perkhidmatan, pengajian kelimuan dan produk-produk dari kami. InsyaAllah kami akan memberikan perkhidmatan rawatan terbaik , pengajian keilmuan termurah dan pelbagai produk yang istimewa untuk anda TETAPI diingatkan kami tidak mempunyai kuasa KUN FAYAKUN sebagaimana kudrat Allah swt.

Berhati-hatilah dalam soal keyakinan anda kepada sesuatu perkara seperti dalam soal rawatan, pemagaran spiritual untuk diri, rumah, gudang, batu-batu permata, tasbih dan sebagainya kerana kami tidak mahu anda syirik dan kufur kepada Allah swt Tuhan Pencipta Alam ini . Sekali lagi kami ulangi kami tidak mampu dan memiliki kuasa KUN FAYAKUN milik mutlak Allah swt. Kami  hanya mampu menyediakan perkhidmatan dan produk yang TERBAIK selebihnya hanya Allah swt sahaja yang mampu menunaikan hajat atau hasrat anda. Jika kami mempunyai kuasa KUN FAYAKUN, kami tidak akan mengenakan mahar pengajian mahupun menjual produk-produk kami dengan harga seratus dua tetapi jutaan atau billion ringgit. Cuba anda lawati blog-blog yang menjual barangan kebal (umum) berapa harganya??? 

AMARAN KERAS!!! Sekiranya anda begitu yakin dengan perkhidmatan dan produk kami MENYAMAI kudrat Allah swt SILA BEREDAR dari blog ini, kerana kami tidak mahu menjadi penyebab anda SYIRIK dan KUFUR kepada Allah swt.

Untuk makluman anda semua, kami warga Qalbun Rahmah begitu yakin atas keaslian produk kami sehingga ia dapat diuji secara langsung seperti teras kelor, kayu arasy, kayu larak dan beberapa produk yang lain, tetapi ia juga tetap bergantung kepada keizinan Allah swt. Saya TIDAK PERNAH memberi jaminan untuk pengujian secara langsung untuk kayu tas, kayu penunduk, raja kayu, bulu tumpat dan lain-lain. Jika anda ada menemui artikel saya yang memberi jaminan ini sila beritahu saya dengan SEGERA agar saya dapat membaiki kesilapan JAMINAN ini.

SEKALI LAGI saya tegaskan bahawa hanya beberapa produk sahaja seperti teras kelor, kayu arasy, kayu larak salah dan beberapa produk lain yang BOLEH ditest secara langsung dengan izin Allah swt. Jangan pula anda mengambil kayu tas daripada kami lalu pergi mengadap anjing yang garang dengan keyakinan GERENTI anjing itu lari!!!!! Jika anda menyakini sedemikian anda telah syirik kepada Allah swt kerana menyakini kayu tas ciptaanNya boleh bertindak sedemikian. Ingatlah kita hanya berusaha dengan ciptaanNya selebihnya Allahlah yang berkuasa menunaikan hajat kita itu. 

Selain daripada itu kami juga ingin mengingatkan bahawa setiap perkhidmatan atau produk yang kami tawarkan  ia mempunyai SYARAT-SYARAT TERTENTU seperti tempoh penghantaran, tempoh membuat produk, tatacara pengujian produk dan bayaran deposit kerana kami terpaksa membayar deposit kepada pekedai ataupun tukang yang membuat produk anda. Tempoh masa pengeposan dan penghasilan produk biasanya antara 3-7 hari bergantung kepada perjalanan pos dan tukang yang membuatnya. Kami tidak memiliki kedai sendiri atau pun membuat sendiri produk-produk tersebut seperti cincin, loket, rantai, tasbih, tongkat dan lain-lain. Jangan minta kami siapkan dalam masa satu hari dan satu hari pengeposan untuk sebentuk cincin walau apa alasan anda kerana kami tidak mungkin menunaikan permintaan anda itu.

Sepanjang saya mengendalikan blog Qalbun Rahmah ini dan menjadi perawat hampir 14 tahun, alhamdulillah saya hanya menemui 2 orang sahaja pelanggan yang berperangai pelik sebagaimana yang saya nyatakan diatas.Untuk itu dengan rasa rendah diri SEKALI LAGI kami meminta anda membaca syarat-syarat yang kami berikan sebelum berurusan dengan kami samada untuk tujuan rawatan, pengajian kelimuan atau membeli produk-produk Qalbun Rahmah. Setiap pembelian TIDAK akan dibenarkan untuk pemulangan keilmuan atau produk yang dibeli tanpa sebab-sebab yang munasabah.

Akhir kata, sekali kami mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian anda melawat blog Qalbun Rahmah ini. Berurusanlah dengan bijak dan saling percaya mempercayai. Kami sekali-kali tidak memaksa anda mempercayai kami dan memaksa anda mendapatkan apa sahaja yang kami tawarkan dalam blog Qalbun Rahmah ini. Sebelum berurusan dan mendapatkan perkhidmatan kami, kami syorkan anda membuat solat sunat istikarah terlebih dahulu agar pilihan anda tepat dan diredhai oleh Allah swt.



Terima Kasih. Mstr Ki - Qalbun Rahmah. 019-9123963 / 012-9561020 / 09-9554930

Thursday, 15 May 2014

TERAS PISANG GALA (BENGGALA)

Pokok Pisang Benggala

Pisang Benggala atau Pisang Galla adalah sejenis pisang yang popular di negeri Kelantan. Pisang ini memiliki rasa yang manis. Tetapi oleh kerana buahnya terlalu padat dengan biji yang keras ia kurang popular untuk dimakan. Penggunaan yang lebih popular ialah membuat masakan acar pisang, di mana buah pisang benggala yang masih muda akan digunakan. Acar ini berasa masam-manis dan pedas.Kegunaan lain ialah daunnya. Oleh kerana daunnya lebar dan tidak rapuh daun ia menjadi lebih berguna dari buahnya. Pembungkus kuih, pulut dan nasi biasanya dibungkus menggunakan daun pisang ini. Batangnya juga boleh digunakan sebagai makanan tambahan untuk haiwan ternakan seperti lembu.

Pada kali Tok ingin membawa suatu yang lebih istimewa mengenai pisang benggala ini iaitu terasnya. Pelik bukan? Bagaimana pokok pisang boleh ada teras? Sebenarnya ada banyak pokok yang kita kata tidak ada teras tetapi sebenarnya ia ada teras tetapi jarang-jarang kita temui. Alhamdulillah baru-baru ini Tok telah bertemu seorang pengkaji barang-barang eksotik ini yang bertaraf proffesor dari universiti awam di negara kita. Banyak yang Tok belajar darinya dan begitu juga teras-teras istimewa ini pun Tok dapatkan dari beliau. Mengikut sesetengah pendapat untuk mendapatkan teras pisang benggala 100 kali lebih sukar dari teras betik asli.


Teras Pisang Benggala

Tidak semua jenis pisang yang terdapat di Malaysia berteras kecuali pisang ggala/benggala. Teras pisang ini pada dasarnya banyak digunakan dalam rawatan perubatan untuk kaum perempuan bagi penyakit prolap/peranakan turun, mengecutkan saluran peranakan selepas bersalin dan lain-lain. Kalau mengikut W.Skeat dalam buku The Malayan Medicine 1930 kegunaannya lebih banyak berkaitan magis dan mistik.

Mengikut cerita orang-orang tua, pokok pisang benggala merupakan diantara tumbuhan yang paling lama di atas muka bumi . Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan ilmu-ilmu mistik ia hendaklah bertapa di bawah pokok ini. Caranya jantung pisang yang baru hendak keluar hendaklah diikat dengan rotan. Oleh kerana itulah teras pisang ini juga dikatakan mempunyai pelbagai energi mistik sebagaimana yang diperolehi oleh sesiapa yang bertapa dibawah pokok pisang ini. Diantara keilmuan yang biasanya diperolehi oleh para petapa ialah kegagahan, halimunan, pengasihan, pelarisan, kekayaan dan sebagainya mengikut hajat petapa tersebut. Wallahuaklam.

Untuk itu kali ini Tok telah membuat beberapa permata dari teras pisang benggala ini untuk dimiliki oleh anda semua dengan mahar mampu milik insyaAllah. 

Permata Teras Pisang Benggala


HUBUNGI MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT DI TALIAN : 
09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963

Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA
Email : qalbunrahmah@yahoo.com

Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   



*** Berusaha dan Bertawakkal ***

Sunday, 1 December 2013

PRODUK TERKINI QALBUN RAHMAH.

Alhamdulillah, Pertama sekali Tok ingin memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana memberi kelapangan masa untuk Tok membuat pengemaskinian dalam blog Qalbun Rahmah di akhir tahun 2013 ini. Sempena akhir tahun ini Tok telah membuat semakan stok produk Qalbun Rahmah, khususnya permata-permata dan tasbih-tasbih istimewa yang Tok miliki. Anda juga boleh membuat tempahan permata, tasbih dan cincin mengikut kehendak anda. Misalnya tasbih yang digabungkan dengan pelbagai jenis kayu dan juga pelbagai permata campur. Berikut senarai tasbih yang masih ada dan sedia untuk dimaharkan kepada anda semua dengan mahar yang mampu milik InsyaAllah. 

KOLEKSI TASBIH QALBUN RAHMAH



1. TASBIH TERAS KELOR.

Dalam sebuah kidungnya, Sunan Kalijaga menyebut kayu kelor sebagai “kayu bertuah” dengan istilah kayu aeng . Sakèhing wisa tawa/Sato galak tutut/Kayu aèng lemah sangar……Yang ertinya : Segenap racun menjadi tawar/Binatang buas menjadi jinak/Pohon ajaib, tanah angker …. dst.. Ertinya, keberadaan energi (positif / negatif) pada kayu-kayu tertentu juga diyakini berdasarkan pandangan mata batin orang-orang yang memiliki indera keenam.

HASIL PENELITIAN tahun 1987-1989 di Fakulti MIPA UGM (Universiti Gajah Mada) oleh drh. Oentoro dkk, dengan Chronometer menunjukkan energi yang terdapat pada “Kayu Bertuah”, besarnya dua kali ganda dibanding energi Tosan Aji atau Pusaka. Jika energi pusaka pada level 50, energi kayu “bertuah” mencapai level 100.

Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah.

ANTARA KHASIAT TERAS KELOR / GEMUNGGAL QALBUN RAHMAH :


Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi diantaranya kebal atraktif, kebal asid,benteng diri,penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah

Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat.

Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.

Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki tetapi kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu wanita bagi melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin.

Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga, keempat.

Teras Gemunggal apabila dipakai pada tubuh badan  insyaAllah mampu menjadi kebal atraktif dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukan)

Teras Gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat,ahli korporat dll sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki berbagai-bagai keistimewaan tersendiri.

Diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato yang mementingkan keselamatan diri.Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya.

Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.

Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.

Menjauhkan rumah dari gangguan jin/hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.

Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.

Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya.

Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum.

Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum.

Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu

Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul.

Ditakuti jin : Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis.

Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air.

Semuanya berhasil dengan Izin Allah.


2. TASBIH KAYU KEMUNING HITAM

Khasiat Teras Kemuning Hitam “Teras 99 Guna”

Penggunaan atau pemakaiannya samada secara fizikal (dibuat tasbih, permata cincin dsbnya), dibuat air rendaman dan pati minyak. Antara sebahagian khasiat yang Allah jadikan bersama dengan Teras Kemuning Hitam ialah:
  • Air rendamannya penawar racun dalam tubuh.
  • Air rendamannya mengubati luka-luka dalaman tubuh.
  • Awet   muda ( bagi  sesiapa  yang sentiasa meminumnya sebagai amalan harian), ada contoh di Terengganu. [Tambahan: Ada kes, orang yang mengamalkan meminum air rendaman zamrud menjadi awek muda…iaitu wajah dan fizikalnya nampak lebih muda dari umur yang sepatutnya].
  • Mengubati penyakit yang sekira-kiranya pihak hospital tidak mahu/dapat mengubatinya, maka boleh di ikhtiar dengan meminum air rendaman Teras Kemuning Hitam. Pernah dicuba mengubati H1N1 dan sembuh dengan izin Allah, kes di Terengganu.
  • Penawar demam panas. Jika berlaku ditengah-tengah malam bagi kanak-kanak airnya disapu pada tubuh (diulangi beberapa kali –khususnya bawah ketiak atau leher), terlebih elok diberi minum sedikit, terdapat banyak kes yang suhu badan bayi/kanak-kanak menurun/sembuh (dengan izin Allah) menggunakan air rendaman kemuning hitam. Jika masih berlarutan dapatkan rawatan segera  di klinik/hospital keesokkan harinya. Sebagai info, khususnya bayi 0-2 tahun sangat perlu dijaga atau diberi perhatian berkaitan demam panas. [Tambahan: Teras Celagi juga boleh digunakan untuk tujuan ini, dan untuk tujuan mengubati hal berkaitan racun/keracunan].
  • Mengubati kayap, dengan  menyapu air rendamannya  pada bahagian  yang  terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Jika kayap tersebut telah merebak kedalam mata, titiskan air kemuning hitam secara berkala (3-4x sehari semalam) dalam mata yang terlibat. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah. [Tambahan: Untuk kayap yang bukan dalam mata, getah keladi birah dan air pokok lekir boleh digunakan dengan cara menyapu pada bahagian yang terlibat].
  • Mengubati  penyakit badam, dengan menyapu air kemuning hitam  pada  bahagian terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
  • Ubat  sakit perut (cirit-birit) yang mustajab, ada  banyak kes  sembuh dengan  izin Allah. Air rendamannya diminum beberapa kali dalam sehari atau dalam beberapa hari, insyaAllah lega. Jika dalam perjalanan jauh seperti menaiki bas ekspress atau keretapi, dan dikhuatiri cerah perut ditengah jalan seeeloknya sediakan sebotol air kemuning yang agak pekat/tua, insyaAllah dapat membantu menahan cerah perut dalam beberapa jam. Menyediakan air kemuning hitam dalam botol/bekas dirumah atau dimana-mana, amat elok untuk persedian jika berlaku apa-apa.
  • Penawar  bisa   binatang. Terdapat  kes  seseorang  yang  disengat  labah-labah  yang sebelum pengsan dia teringat dalam poket seluarnya terdapat sepotong kemuning hitam lalu sempat memasukkan dalam mulutnya, kemudian dia tersedar dari pengsan dan selamat (air larutan kemuning hitam bercampur air liur menawarkan bias sengatan labah-labah semasa pengsannya). Kes lain, seseorang yang menebas membersih kebunnya terkena sarang tebuan, lalu dia disengat oleh puluhan tebuan, dia melarikan diri, kemudian beliau ikhtiar menyapu pada tempat gigitan dengan kemuning yang dibasahkan dengan air liurnya, kesannya dia tidak berasa sakit walaupun bengkak/kemerahan, kemudian beliau mendapat rawatan lanjut di hospital, kes berlaku di Tanah Merah (lebih kurang seminggu sebelumnya terdapat kes seseorang meninggal dunia akibat disengat tebuan  dalam daerah yang sama).
  • Berkata  mereka  yang ahli (iaitu mereka yang lama terlibat sebagai pencari, pengguna serta berpegetahuan mendalam) tentang Teras Kemuning Hitam, Ia mempunyai aura pengubatan dan penyembuhan yang tinggi walaupun diguna dalam bentuk tasbih, ia mengalir kepada pengguna tasbih tersebut.
  • Menghalang   binatang   berbisa   jenis   terbang   seperti   peringat   dan   tebuan   dari menyengat pemakainya. Terdapat kes pemanjat pokok buah (memakai kemuning hitam sebagai permata cincin) yang melanggar sarang peringat, peringat hanya menghurungi tetapi tidak menyengatnya. Kes lain, tebuan tidak menyengat pemakai gelang kemuning walaupun sarangya rosak terkena mata mesin rumput, hanya menghurungi.
  • Penguat semangat dan menjadi pendinding dengan izin Allah.
  • Minyak   pati   kemuning   hitam   amat   mustajab   menutup   luka.  Jika   luka  panjang 1 inci, diletakkan kapas yang dibasahi minyak pati kemuning hitam semalaman, insyaAllah bertangkup dan cepat penyembuhannya.
  • Minyak pati kemuning hitam juga amat sesuai digunakan sebagai minyat urut, herbanya akan turut meresap kedalam badan pesakit.
Tambahan 1 :
Terdapat kes, deretan rumah pondok rentung terbakar dijilat api, tetapi sejadah dan tasbih kemuning hitam yang diletakan diatasnya tidak terbakar.
Tambahan 2 :
Bagi kepercayaan masyarakat Siam/Sami Siam, Teras Kemuning Hitam diletak dalam hirarki yang tinggi dalam jenis-jenis kayu. Terdapat kes, Sami Siam akan sembah terlebih dahulu kayu kemuning hitam ini sebelum mengambil atau menyentuhnya. Ia salah satu kayu pilihan untuk dibuat tangkal dalam kepercayaan mereka seperti tangkal berbentuk senjata sulit lelaki.



3. TASBIH KAYU / BUAH KOKKA.

Diantara rahsia dan kelebihan kayu Kokka menurut pengalaman mereka yang telah memakainya:
  • Rumah  yang memilikinya; aman dari ancaman dan gangguan pelbagai jenis makhluk, insya Allah.
  • Anak menangis tidak dapat tidur; letak di bawah bantal atau rendam sebahagiannya ke dalam air lalu diberi minum, insya Allah akan tidur.
  • Sakit gigi; rendam sebahagiannya ke dalam air suam, kemudian berkumur dengannya dan minum,insya Allah sembuh.
  • Sakit kepala, sakit urat atau otot; gosok-gosokkan ke bahagian yang sakit, insya Allah lega.
  • Demam, sakit Kuning, kerongkong, tongsil, guam dan ruam; rendam air dan beri minum atau titiskan ke dalam mulut, insya Allah sembuh.
  • Ibu dalam pantang; bawa bersama semasa tidur, rendam ke dalam air suam dan minum. Insya Allah aman dan sembuh segera.
  • Termakan  santau  atau  terkena racun; rendamkan ke dalam air dan beri minum, insya Allah sembuh.
  • Sekiranya dipakai pada tubuh badan, insya Allah akan terhindar dari binatang liar atau berbisa.
  • Letakkan pada bahagian yang terkena gigitan binatang berbisa, insya Allah akan hilang segala bisanya.
  • Jika dibawa bersama ketika berjumpa orang zalim, insya Allah akan tenang dan aman.
  • Sekiranya  memakai  ketika  orang  hendak menyusahkan kita, insya Allah mereka tidak akan terdaya.
  • Menurut sejarah yang berlaku di negara jiran, pembebas-pembebas di 4 wilayah telah membawanya bersama semasa berperang, lalu mengakibatkan pandangan musuh menjadi kabur dan pemakainya beroleh kemenangan,alhamdulillah.
  • Jika dalam keadaan yang amat terdesak, logam panas yang pantas kilat lagi bahaya insya Allah tidak akan memudaratkan pemakainya yang beriman dan beramal soleh.



4. KAYU/TERAS ASAM JAWA/CELAGI

·         Asam jawa dan akar pokoknya digunakan bagi menyejukkan badan dan sebagai pelawa.
·         Kayu terasnya pula sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati dan penawar kurang selera. 
·         Kulit   buah dan kulit kayu asam jawa dijadikan ubat cirit-birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin manakala isinya banyak asid tartar. 
·         Kulit kayu juga dijadikan losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak, ulser dan gatal kerana terkena gigitan serangga. 
·         Air rebusan daun diminum sebagai penawar demam panas dan dapat melegakan lelah. Manakala daun muda ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul. Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada mata berkenaan. 
·         Terasnya dibuat pemagaranr rumah dari gangguan makhluk halus dengan cara ditanah keempat-empat penjuru rumah atau diletakkan di muka pintu rumah.
·         Juga boleh dibuat tasbih, cincin, gelang tangan dan loket untuk dibuat penawar.
·         Jika dipukul ke badan pengamal ilmu hitam InsyaAllah lemah dan tawar ilmunya.





HUBUNGI MASTER KI UNTUK MAKLUMAT LANJUT & RUNDINGAN 
HARGA TERENDAH  DI TALIAN : 

09-9554930 / 012-9561020 / 019-9123963

Akaun Bank Untuk Urusan Bank In @ Transfer ke Qalbun Rahmah

ZAKIMAN BIN ZAKARIA

Email : qalbunrahmah@yahoo.com



Maybank         ( 1530 5616 5316 )   

Bank Islam      ( 0604 6020 0361 34 )   

Cimb               ( 7051 3142 37 )   

AgroBank        ( 100 670 100000 5883 )  

Bsn                  (  07104 41 80135553 7 )   


*** Berusaha dan Bertawakkal ***